Zahirah Macwilson Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Aiman Hakim

“Saya Bangga Dengan…”

Pelakon dan model, Zahirah Macwilson memberikan ucapan istimewa sempena hari lahir suaminya yang juga pelakon, Aiman Hakim Ridza yang ke-35, pada 17 Januari hari ini.

Zahirah menerusi hantaran di Instagram, menitipkan ucapan romantis serta meluahkan rasa bangga terhadap kejayaan yang dikecapi oleh suaminya itu.

“Selamat hari lahir hero Isaac dan sehati sejiwa Mummy. Hari ini kita raikan anda, kekasihku.

Saya bangga dengan anda dan segala yang anda berjaya capai. Kebijaksanaan, kasih sayang dan kesabaran anda tidak pernah gagal membuat saya terpukau.

Semoga Allah limpahkan anda dengan rahmat, kesihatan, kebahagiaan dan rezeki yang baik , Aamin 🎉🥳.

I ❤️ you..
Bulan depan anniversary pulak, so I’ll save the essay until then.”-titip Zahirah buat Aiman di Instagram

“Moga Terus Bahagia Sampai Syurga…”

Zahirah Macwilson Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Aiman Hakim

Hantaran yang dimuatnaik oleh Zahirah turut dibanjiri dengan ucapan peminat sempena hari lahir Aiman, malah ramai yang menitipkan doa agar perkahwinan yang dibina , dijauhkan oleh fitnah dan berkekalan hingga ke Jannah.

“MasyaaAllah Tabarakallah. Semoga dimurahkan rezeki serta dalam Rahmat dan lindungan Allah sentiasa ❤️.”

“Moga baik-baik sahaja untuk family korang 😍 love sangat ❤️.”

“Semoga bahagia hingga ke jannah wanita paling cantik ❤️.”

“Perfect family ❤️.”

“Selamat hari lahir Aiman, semoga rumah tangga kalian dirahmati Allah SWT dan dipelihara dari fitnah. Aamin.”

Zahirah Macwilson Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Aiman Hakim

Sekadar info, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Isaac Raees yang kini berusia dua tahun dan bakal menimang cahaya mata kedua selepas berkongsi khabar gembira itu di Instagram pada Disember lalu.

Zahirah Macwilson Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Aiman Hakim

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mungkin Ada Sinar Bila Keputusan Representasi Kes Rosmah Mansor Di Tangguh Lagi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker