Wanita maut, suami parah motosikal rempuh kereta

KUCHING: Seorang wanita maut, manakala suaminya parah selepas motosikal ditunggangi merempuh kereta rosak di Jalan Bako, di sini, malam tadi.

Mangsa, Siti Khadijah Sudun, 44, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, suami mangsa, Azlan Adi, 35, pula cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.



“Kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan ke Demak Laut.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila suami mangsa gagal mengelak sebuah kereta yang berhenti kerana tayar pancit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahsmon berkata, akibat kejadian itu, wanita terbabit yang membonceng motosikal itu terhumban ke atas jalan.

Menurutnya lagi, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button