JADI ‘RIDER’ MAKANAN – WARIS MAHU TIMBA PENGALAMAN, TIADA NIAT ‘DOWNGRADE’
Menerusi satu muat naik di laman Instagram, Waris dilihat berkongsi foto serta video dimana memaparkan dirinya kini menjadi penghantar makanan iaitu ‘rider’ Grab.
Dalam entri berkenaan, Waris memaklumkan bahawa pada hari tersebut, dia cuba mencari rezeki dengan ‘cara’ baru: “Bismillah.. cari rezeki halal ateh jalanrayo lak arini..,” tulisnya.
Posting tersebut kemudian mencuri tumpuan umum dan menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya: “Fuh, abang Waris bawa Grab. Dah berapa banyak dapat job hari ini?” tanya salah seorang netizen.
Klik untuk gambar besar
“Moga murah rezeki. Cari rezeki dengan kerja apa-apa janji halal,” kata seorang lagi netizen. – “Kalau Waris yang hantar makan, aku minta dia freestyle dulu,” komen pengikutnya yang lain.
Jelas penyanyi lagu ‘Rembau Most Wanted’ itu lagi menerusi satu entri yang lain, dia menyifatkan tugas yang digalas sebagai seorang ‘rider’ juga bukan sesuatu yang mudah.
“Satu hari tukar karier sebagai rider banyak jugak rintangan.. Setakat kena ranjau tu biasa.. hujan lebat tu biasa.. bagi rider lah.. Bagi aku ni tugas berat dan aku pun x mampu.. Yang aku mampu buat lagu je,” katanya.
Waris kemudian mengakui apa yang dilakukannya itu adalah sebagai salah satu usahanya untuk merasai sendiri pengalaman sebagai seorang ‘rider’ penghantar makanan sahaja.
Biarpun begitu, katanya, ada juga pihak yang cuba menyalahkan ertikan niatnya apabila dikatakan seolah-olah cuba merendahkan pekerjaan sebagai seorang ‘rider’.
“Thanks semua yg mendoakan.. dan yg marah kata aku “downgrade” rider2 lain tu jgnla sensitif sgt.. aku cuma nak cuba je jdi rider ni.. nak ingatkan diri utk slalu bersyukur.. bukan senang beb jadi rider ni.. Respect korang n much love from Waghih,” ujarnya.