Senarai calon PRN, saya telah buat sebaiknya – PM

Senarai calon PRN, saya telah buat sebaiknya – PM

Senarai calon PRN, saya telah buat sebaiknya - PM
ANWAR (kiri) menyerahkan watikah perlantikan calon PKR kepada Aminuddin yang akan bertanding Dun N13 Sikamat pada PRN 12 Ogos. FOTO Bernama.

Port Dickson: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu tidak puas hati sesetengah pihak berhubung senarai calon yang diumumkan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini adalah perkara biasa pada setiap pilihan raya.

Perdana Menteri, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), yakin pemilihan calon telah diadakan sebaik mungkin sebagai persediaan PRN di Negeri Sembilan, Selangor, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan watikah pencalonan kepada enam calon PKR di Negeri Sembilan bagi PRN kali ini.



Ditanya sama ada isu itu akan menjejaskan sokongan parti, Anwar, yang juga Presiden PKR, berkata setakat ini keadaan terkawal dan semua pihak perlu memberi peluang kepada calon baharu.

“Sepatutnya sekarang giliran yang lain, kita pun perlu ada pelapis, tidak boleh seorang itu kekal selamanya,” katanya.

Mengenai manifesto PRN, Anwar berkata ia akan dilakukan mengikut negeri masing-masing.

Terdahulu, Anwar menyerahkan watikah kepada Datuk Seri Aminuddin Harun yang dicalonkan untuk bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Tengku Zamrah Tengku Sulaiman (Ampangan), Nur Zunita Begum (Pilah), Ismail Ahmad (Labu), Yew Boon Lye (Chuah) dan Dr Rajasekaran (Sri Tanjung).



Senarai calon PRN, saya telah buat sebaiknya – PM


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Sayap UMNO Masih Setia Kepada Parti?


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading