“ARE YOU KIDDING ME?! – CIK B LUAH TERKEJUT TUNTUTAN BAPANYA
Umum sedia maklum mengenai tuntutan hadanah yang dibuat oleh bekas suami usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Mohd Amin Yassin ditolak oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu.
Bagaimanapun, Cik B dan Kacak diarahkan oleh mahkamah untuk menghubungi bapa mereka sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Ia bertujuan mengelakkan ikatan silaturahim antara anak dengan bapa terputus.
Namun, apa yang menjadi perhatian ramai apabila bapa Cik B memaklumkan akan menuntut harta sepencarian dengan bekas isterinya ketika bercerai serta harta dua anaknya yang meninggal dunia termasuk pampasan insurans.
Klik untuk gambar besar
Perkara itu turut mendapat perhatian Cik B yang memuat naik status mengenai isu itu di laman Twitter miliknya serta meluahkan rasa terkejut.
Perkongsian Cik B itu juga turut membuatkan netizen terkejut kerana kebiasaannya bekas isteri yang akan menuntut harta sepencarian. Namun, ada netizen menjelaskan mengikut undang-undang bekas suami juga boleh berbuat demikian.
Dalam pada itu, netizen turut meminta Cik B dan ibunya Datuk Seri Vida tidak hanya berdiam diri serta meminta untuk menuntut nafkah anak-anak pula. Rata-rata netizen turut berharap agar Cik B sekeluarga terus tabah dan semoga segara urusan akan dipermudahkan.
“CAKAP ARTIS LAIN CANTIK & DIA BURUK” – MATA CIK B BENGKAK, SEBAK BILA RAMAI KUTUK