Iran teruskan semula aktiviti pengayaan uranium sehingga 20 peratus
05/01/2021 10:45 AM
TEHRAN, 5 Jan — Iran laksanakan semula aktiviti pengayaan uranium sehingga 20 peratus di kemudahan nuklear Fordow, lapor agensi berita Sputnik, memetik jurucakap kerajaan Ali Rabiei pada Isnin.
Pada Disember, Iran meluluskan undang-undang untuk meningkatkan pengayaan uraniumnya dan menghentikan pemeriksaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas tapak nuklearnya sebagai tindak balas terhadap kematian ahli fizik nuklear, Mohsen Fakhrizadeh.
“Beberapa hari sebelum itu, presiden Iran mengarahkan pengayaan (uranium) dimulakan sebanyak 20 peratus. Proses penyediaan gas UF6 (uranium heksafluorida) dimulakan. Produk pertama akan diterima dalam beberapa jam,” kata Rabiei dalam satu kenyataan.
Undang-undang itu juga menetapkan penggunaan pengempar generasi baharu untuk tempoh tiga bulan akan datang, termasuk 1,000 pengempar IR-2M dan sekurang-kurangnya 174 pengempar IR-6 dengan prospek meningkatkan jumlah menjadi 1,000 menjelang akhir tahun.
Perjanjian nuklear Iran, yang dimeterai pada 2015, hanya menetapkan penggunaan emparan IR-1 generasi pertama dan pengayaan uranium pada tahap 3.67 peratus.
Pada 2015, Iran menandatangani Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA) dengan China, Perancis, Jerman, Rusia, United Kingdom, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah.
Mewajibkan Iran mengurangi program nuklearnya dan menurunkan rizab uraniumnya sebagai tukaran kepada menarik balik sekatan, termasuk sekatan senjata selama lima tahun.
Pada 2018, AS memutuskan untuk menarik diri daripada perjanjian itu dan kembali mengenakan sekatan lebih ketat terhadap Iran.