1,170 individu sudah disaring berhubung Kluster Jeri

1,170 individu sudah disaring berhubung Kluster Jeri

997b1063bc9ed5b7fd378e08991aad055f96b879c3031
Petugas kesihatan giat melakukan saringan serta pengambilan sampel bagi mengesan jangkitan COVID-19 ke atas penduduk di Kampung Gersik, di sini hari ini, berikutan peningkatan kes penularan wabak berkenaan di pulau bebas cukai itu.

 

JOHOR BAHRU, 16 Nov — Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sudah menyaring seramai 1,170 individu dari Kluster Jeri, yang melibatkan daerah Kota Tinggi, Mersing dan Muar, sehingga semalam,

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R.Vidyananthan berkata aktiviti pengesanan dan saringan kontak rapat berhubung kluster baharu itu sedang giat dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terlibat.

“Sehingga semalam, sejumlah 1,170 individu telah disaring dan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 26 kes, 535 adalah negatif dan 609 masih menunggu keputusan.

“Kes indeks bagi kluster ini (Kluster Jeri) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di Pintu Masuk Antarabangsa Singapura pada 6 Nov lepas,” katanya menerusi kenyataan hari ini.



Vidyananthan berkata sehingga semalam, terdapat lima kluster aktif di Johor iaitu Kluster Jeri, Meldrum, Bayu, Kempas dan Padang.

Peningkatan kes yang dilaporkan khususnya di Kota Tinggi adalah ekoran dari pencarian kes secara aktif dan aktiviti pengesanan yang dipertingkatkan oleh JKNJ dalam mengekang penularan COVID-19 secepat mungkin.

COVID-19: Empat kluster baharu dikesan di Sabah, Pulau Pinang dan Kedah – KP Kesihatan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker