RM500,000: Tiga saksi dipanggil minggu depan

Oleh – Syeikh Baran


RM500,000: Tiga saksi dipanggil minggu depan
Bagasi yang berisi wang bernilai RM500,000 ditemui di parkir sebuah pusat beli-belah di Damansara, 19 Mac lalu.

Tiga individu iaitu rakan kepada pemilik syarikat yang mendakwa bagasi berisi wang tunai kira-kira RM500,000 miliknya akan dirakam keterangan, minggu hadapan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ketiga-tiga lelaki tempatan tersebut berperanan sebagai saksi.



“Saksi ini merupakan rakan kepada pengarah syarikat kayu balak yang sebelum ini mendakwa bagasi berisi wang tunai itu adalah miliknya.

“Mereka akan hadir kepada kita dan akan direkod keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk bantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Hussein mengesahkan seorang pengarah syarikat kayu balak telah tampil memberi keterangan kepada pihak polis selepas mendakwa bagasi terbabit adalah miliknya, 30 Mac lalu.

Pengarah syarikat itu mendakwa bagasi mengandungi wang itu diambil dari rumah rakannya yang ingin memulangkan wang dipinjamkan tahun lalu untuk tujuan pelaburan



Bagaimanapun, individu terbabit tidak membawa sebarang rekod dan bukti yang mengatakan wang terbabit adalah milik syarikatnya semasa keterangannya direkodkan

21 Mac lalu, media melaporkan satu bagasi berisi wang lebih RM500,000 ditemukan di tempat meletak kenderaan di sebuah pusat beli-belah oleh pihak pengawal keselamatan.

Sumber – KOSMO! ONLINE.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading