Tentera Jordan gugurkan satu lagi bantuan perubatan

Tentera Jordan gugurkan satu lagi bantuan perubatan

Tentera Jordan gugurkan satu lagi bantuan perubatan
PESAWAT Tentera Udara Jordan. FOTO Agensi Berita Petra/ Reuters

Amman: Sebuah pesawat tentera udara Jordan menggugurkan satu lagi kumpulan bantuan perubatan penting menggunakan payung terjun (air-dropped) ke hospital medan Jordan di Gaza pada Sabtu, kata seorang pegawai Angkatan Tentera Jordan.

Operasi itu dilakukan dengan kerjasama Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Qatar untuk meningkatkan kemampuan hospital dan meningkatkan keupayaan kakitangan perubatan untuk memberi rawatan kepada rakyat Palestin di Gaza, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).

Angkatan Tentera mengesahkan bahawa hospital itu terus beroperasi walaupun dalam keadaan mencabar di tengah-tengah pengeboman Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza.



Tentera Jordan gugurkan satu lagi bantuan perubatan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button