Datuk culik cucu, tuntut wang tebusan dari anak

Beijing: Seorang pesara warga China berusia 65 tahun tergamak menculik cucunya sendiri dan meminta 500,000 yuan (kira-kira RM322,150) sebagai wang tebusan.

Oddity Central memetik media tempatan China melaporkan, suspek yang juga kaki judi meminta anak perempuannya membayar wang tebusan itu.

Kisah pelik yang mengejutkan dan menimbulkan kemarahan jutaan warga China itu bermula apabila lelaki bernama Yuan itu, pergi menjemput cucu perempuannya yang berumur empat tahun dari sekolah.



Lelaki itu bagaimanapun tidak menghantar cucunya pulang ke rumah, tetapi menghubungi anak perempuannya untuk meminta wang tebusan.

Suspek juga mengancam untuk membunuh cucu perempuannya, jika wanita itu gagal membayar wang tebusan dalam masa tiga hari.

Terkejut dengan permintaan ibu bapanya, anak perempuannya segera menghubungi polis sebelum Yuan ditangkap.

Tidak dapat dipastikan bila kejadian itu berlaku, namun Shanghai Law Journal, baru-baru ini, melaporkan bahawa suspek itu sudah pun dipenjarakan kerana tindakan melulunya.



Difahamkan, lelaki itu cuba menyalahkan anak perempuannya dan hanya berharap dia akan mati.

Dia juga menuduh wanita itu tidak bersyukur.

Sebahagian besar orang mengecam Yuan atas tindakannya dengan mengatakan lelaki itu tidak layak dipanggil bapa dan datuk.

Akhbar tempatan pula melaporkan bahawa lelaki itu menyesuaikan diri dengan kehidupan di penjara dan sudah berbaik semula dengan anak perempuannya hasil bantuan bekas isterinya.



Agensi


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading