Dua Tahun Tinggal Dengan Mayat Ibu

Wanita Enggan Daftar Kematian Sebab Takut Jatuh Miskin

Seorang wanita berusia 47 tahun ditahan oleh pihak polis selepas dipercayai gagal untuk mendaftar kematian ibunya yang telah meninggal dunia lebih dari dua tahun di Korea Selatan.

Simpan mayat dalam rumah

Bukan itu saja, suspek yang berasal daripada Incheon itu turut didakwa kerana menyimpan mayat ibunya di dalam rumah untuk mendapatkan faedah keselamatan sosial miliknya.

Tindakan kejam wanita tersebut dihidu oleh pihak berkuasa selepas rekod kesihatan milik ibu suspek tidak dikemaskini sejak 2020.

Difahamkan, suspek juga menyimpan sisa rangka tubuh milik ibunya yang ditutup menggunakan selimut di rumahnya yang terletak di sebuah flat bertingkat rendah di Incheon.

Guna duit pencen untuk sara hidup

Wanita berkenaan dikatakan telah menerima duit pencen milik ibunya sehingga mencecah 17 juta won (RM5,9537.86) sejak kematian ibunya sekitar Ogos 2020.

Suspek yang juga seorang penganggur itu difahamkan menggunakan wang tersebut untuk menampung kehidupannya sendiri dan enggan mendaftar kematian ibunya kerana risau sekiranya jatuh miskin.

Hasil siasatan juga mendapati wanita tersebut memutuskan hubungan dengan lima adik-beradiknya yang lain sejak kematian bapa mereka pada 1995 selepas gagal untuk menghubungi ahli keluarga berikutan isu berkenaan.

Walau bagaimanapun, keputusan bedah siasat mayat tidak dapat mengenal pasti punca sebenar kematian ibu suspek.

Sumber: The Korea Herald

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker