Annuar Musa inginkan Muhyiddin terus menjadi PM selepas PRU ke 15?

Kemelut pendedahan Annuar Musa ketika sidang media semalam betapa Zahid dan Najib menyokong Anwar Ibrahim secara diam-diam nampaknya belum berakhir, nampak semakin panas dengan serangan liar datang dari pegawai Annuar Musa pula.

Pegawai Annuar Musa mendesak agar Zahid dan Najib membuat akuan bersumpah bahawa mereka tidak menyokong Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri menggantikan Muhyiddin Yassin.

Apa yang menimbul persoalan, pegawai Annuar Musa seolah-olah mempunyai bukti terhadap perbuatan Presiden dan Penasihat UMNO. Beliau mungkin tidak berada di parlimen ketika setiap kali undi berhubung setiap kementerian, sekiranya Zahid dan Najib tidak menyokong kerajaan pilihan ahli parlimen maka angka keputusan tidak menunjukkan apa yang terhidang untuk tatapan rakyat. Menang tipis undian juga adalah satu kemenangan.



Kalau dilihat laman sosial peribadinya, pegawai Annuar Musa tidak pertahankan sertangan terhadap bos mereka sejak awal mereka dilantik, gambar mereka di laman sosial banyak berkisar dengan aktiviti makan dan tunjuk karangan buku sahaja.

Strategi Annuar Musa melantik pegawai khas beliau dari kalangan pemegang jawatan di UMNO Bahagian adalah silap. Mereka gunakan kedudukan mereka untuk kuatkan pengaruh di bahagian masing-masing dan bukannya menjaga bos mereka. Seorang yang pernah kalah teruk di PRU14 dan seorang lagi adalah bekas JASA. Ketika di JASA dia juga ‘menjilat licin’ bos dia dan bila berpisah, bekas bos pun dia hilang hormat.

Annuar bangkang habis-habisan kerjasama UMNO dengan pihak lain selain PPBM dan PAS, adakah Annuar mahukan Muhyiddin kekal sebagai PM? Kenapa bukannya dari BN?

Annuar Musa bakal tidak bertanding di parlimennya lagi di PRU ke 15?



Nasib Annuar Musa kerana silap diri sendiri atau pegawai lantikannya?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button