ULAS ISU SERANGAN CAPITOL AS – JANNA NICK DIHENTAM GELAR NETIZEN ‘LOSER’
Pelakon dan pengacara Janna Nick baru-baru ini mengulas berkenaan serangan penyokong Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di bangunan Capitol serta seolah-olah mengaitkan serangan berkenaan dengan filem ‘The Purge’.
Bagaimanapun, nama Janna menjadi ‘trending’ dan hangat diperkatakan sejak semalam di laman Twitter selepas bertikam lidah dengan netizen mengenai pendapat masing-masing berkenaan garis panduan filem Malaysia.
Janna berkata lagi, kesan daripada pengaruh filem sebegitu punca mengapa garis panduan yang ketat diperlukan dalam industri perfileman seperti mana Malaysia lakukan.
Bagaimanapun, kenyataan Janna itu dikecam netizen yang tidak sependapat dengan pelakon itu. Kata netizen disebabkan garis panduan tersebut filem Malaysia tidak berkembang lebih jauh.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, ada netizen menggelar filem Malaysia bodoh, malah disebabkan pemikiran segelintir pihak sebegitulah terutama orang industri, filem kita tidak pergi jauh. Tidak hanya berdiam diri, Janna membalas dengan mengatakan di Malaysia ada sahaja filem yang hebat walaupun bajet rendah.
Tidak hanya berhenti setakat itu, Janna turut dikecam apabila menggelar seorang netizen sebagai ‘loser’. Bagaimanapun, Janna menjelaskan tindakannya itu kerana berpendapat individu itu orang yang kalah kerana memadam Tweet terdahulu.
Enggan memanjangkan perdepatan tersebut, Janna dilihat memuat naik satu posting mengucapkan terima kasih dengan segala pendapat yang dilemparkan oleh netizen. Ujarnya, dia menerima segala kritikan dan berharap pendapatnya juga diterima.
Janna ketika ditanya berhubung perkara ini berkata dia tidak terasa dengan kecaman dan serangan warganet di Twitter yang tidak bersetuju dengan pendapatnya terhadap industri filem dan drama tempatan.
Ujar Janna, setiap orang tidak kira sesiapa mempunyai hak untuk bersuara dan dia tidak berkecil hati sekiranya ada pihak yang tidak terbuka untuk menerima pandangan peribadinya.
“Mana ada merentan. Kecil hati pun tidak. Saya hanya menyuarakan pendapat peribadi impak filem terhadap masyarakat dan kenapa kita memerlukan beberapa garis panduan untuk filem serta drama.
“Mungkin mereka tidak faham dan terus menyerang saya. Mereka tidak faham atau mungkin tak boleh terima dengan apa yang saya cuba sampaikan. Tetapi itu lumrah. Bukan semua boleh terima kan.
“Kita tidak boleh nafikan industri filem atau drama kita memerlukan garis panduan tertentu. Tetapi sekali lagi,, itu adalah pendapat peribadi saya dan terpulang jika ada pihak yang tidak setuju,” katanya.
Untuk makluman, ‘The Purge’ merupakan sebuah filem mengisahkan rakyat di Amerika pada tahun 2022 bebas melakukan segala jenis jenayah termasuk membunuh, merompak dan merogol dalam satu hari yang diberi nama sebagai ‘Purge Day’.
DINI NAFI PUTUS DENGAN JANNA NICK, AKUI MASIH BERSAMA & BAHAGIA