ZAHIRAH & AIMAN SELAMAT TIMANG ANAK SULUNG, ‘BABY BOY’
“By far the best gift we have ever received… Alhamdullilah on the 5th January 2021 our first born little boy arrived at 2:26pm. We were so overwhelmed by the whole experience from the labour room to becoming a new daddy and mummy. This journey has been the greatest blessing and we are excited to experience every special moment.
“Syukur Alhamdullilah ❤️ #zahirAH,” demikianlah kapsyen pasangan pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza di laman Instagram yang memaklumkan mereka telah selamat menimang cahaya mata sulung pada 5 Januari lalu, jam 2.26 petang waktu Australia.
Menerusi perkongsian itu, pasangan ini turut memuat naik gambar memaparkan sebahagian wajah bayi lelaki mereka. Zahirah dan Aiman turut meluahkan rasa syukur memperoleh pengalaman sangat berharga sepanjang berada di bilik bersalin menantikan kelahiran putera mereka.
Pada Oktober tahun lalu, Zahirah dan Aiman mengambil keputusan untuk tinggal di Australia bersama keluarga sehingga selamat melahirkan. Zahirah dan Aiman telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.
Klik untuk gambar besar
ZAHIRAH & AIMAN BERANGKAT KE AUSTRALIA: “WHEN WE RETURN, THERE WILL BE THREE OF US”