BERSATU KHIANAT- UMNO Ibarat “Luka Yang Ditaruh Garam”
Sejak mendapat sokongan dari Ahli Parlimen UMNO, dengan penuh bergaya PPBM yang diketuai oleh Muhyiddin Yasin telah mendapat tempat sebagai seorang perdana menteri. Sokongan dari UMNO merupakan sambungan “nyawa” bagi PPBM setelah keluar dari Pakatan Harapan.
Kekuatan PN dapat dilihat setelah PAS menyatakan sokongan penuh terhadap PN dan merestui ianya ditubuhkan secara rasminya. Sekali gus meyaksikan bahawa PAS kini berada dikelompok dua kesefahaman yang berlainan agenda.
Kemelut politik mula berlaku apabila lantikan para Jemaah menteri dilakukan apabila pihak PN tidak mengambil kira pandangan yang dikeluarkan oleh UMNO. Lantikan bukan lagi berdasarkan kesefahaman dan kesetiaan dalam kesatuan tetapi PN lebih menjurus kepada membina kekuatan baru dalam usaha memastikan kuasa ditangan mereka.
Rakyat sedar PN hanya memiliki berberapa puluh kerusi sahaja dan tidak mampu membentuk sebuah kerajaan tanpa sokongan dari UMNO dan PAS ketika itu. Sokongan hanya dari ahli parlimen sahaja dan tidak melibatkan sokongan akar umbi.
Kerakusan PN mula dilihat apabila terlalu banyak kisah kejadian yang membelakangkan rasa hormat kepada BN/UMNO. Barisan Nasional dalam muafakat nasional dilihat hanya sebagai tempat untuk menapak kuasa sahaja bagi PN.
Kisah khianatnya Bersatu terhadap UMNO bukan selindungan lagi, secara diam mereka terus melakukan jual beli pemimpin untuk melemahkan UMNO. UMNO sedar perkara ini. Namun atas dasar setiakawan UMNO terus mendiamkan diri.
Pengkhianatan yang pertama dilakukan oleh kerajaan PN ialah apabila kemasukan PAS secara rasmi kedalam PN, Tanpa persetujuan dari UMNO Muhyiddin dan Hamzah terus melakukannya.. Sedangkan UMNO adalah tempat PN menapak untuk kuasa. Dalang yang melakukan perkara ini tidak lain adalah Hamzah Zainuddin yang menggunakan kuasanya sebagai Menteri Dalam Negeri ketika itu.
Malah dakwaan terdapatnya usaha daripada pihak parti Bersatu untuk membeli ahli-ahli UMNO menambah garam halus ke luka bernanah UMNO. Presiden UMNO Ahmad Zahid pula langsung tidak menolak dakwaan Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki tersebut malah berpendapat hasil kajian yang dinyatakan Ketua Pemudanya itu pasti ada asasnya.
Hari ini setelah semua bahagian UMNO bermesyuarat, rata rata usul yang dibentangkan oleh bahagian-bahagian UMNO adalah menarik semula sokongan terhadap kerajaan PN. Perkara ini amat mengusarkan PPBM terutama Muhyiddin.
UMNO telah ditipu dengan permainan silap mata PN. Ketika UMNO bertolak ansur memberi kawasan-kawasan yang dimenangi sebelum ini, PN mensabotaj UMNO dengan menyokong calon bebas dan memberi laluan sekutu mereka seperti PBS dan Star menentang BN.
Hal ini seolah-olah memberi bayangan kepada Ahli Parlimen UMNO supaya menarik balik sokongan mereka terhadap kerajaan PN yang dipimpin oleh ketua parti Bersatu yang pernah melakukan kerja khianat mereka dalam beberapa tempat termasuk pilihanraya negeri Sabah.
Sebelum ini UMNO telah menghantar “amaran” kepada kerajaan pimpinan Muhyidin agar lebih berhati hati dalam membuat sesuatu keputusan. Keputusan yang tidak ditunaikan sebagaimana janji –janji untuk pengeluaran KWSP tanpa syarat berlaku sebaliknya.
Isyarat yang amat jelas dihantar oleh UMNO kepada PN apabila UMNO berjaya menjatuhkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga Timbalan Presiden Bersatu, orang nombor dua Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mesej yang dihantar oleh UMNO Perak itu terus sampai ke depan pintu Putrajaya.
PAS juga menerima impak dari kejadian tersebut apabila UMNO Terengganu juga sebulat suara meluluskan usul menolak kerjasama dengan PAS yang kemudiannya diikuti oleh UMNO Kelantan. Tindakan ini berlaku apabila PAS sudah bersama kerajaan PN dan membelakangkan Muafakat Nasional, malah UMNO ada kalanya diberikana maran oleh Setiausha Agong PAS dalam memperjelaskan pendirian UMNO terhadap kerajaan PN.
PN hari ini tidak selemah seperti mula-mula Tan Sri Muhyiddin memeluk Azmin Ali sambil menyebut yang beliau kini Perdana Menteri – betul, PN tidak selemah itu hari ini. PN jauh lebih lemah pada hari ini berbanding hari tersebut. PN bukan sahaja retak menanti belah, mereka sebenarnya telah terbelah terpecah-pecah namun hanya berpura-rupa mengaku retak.
Sebagai penyambung nyawa politik, tiada daya dan helah lagi, kerajaan PN terpaksa menggunakan bencana covid sebagai alasan untuk memanjangkan nyawa politik Muhyiddin. Kerajaan PN tidak pedulikan kesusahan rakyat, apa yang ada dikepala mereka ialah bagaimana untuk berkuasa.
Politik PN hari ini adalah satu malapetaka bagi kerajaan PN akibat sikap sombong dan angkuh dan tidak sedar diri bahawa mereka hanya menumpang sokongan dari orang lain. Kemelut diatas sekali gus menunjukkan bahawa pimpinan Presiden Bersatu telah hampir tamat tempohnya.
Memusnahkan UMNO adalah agenda terancang Mahathir- agenda ini disambung oleh Bersatu sekarang, Hakikatnya Jika UMNO tidak bertegas sekarang dan hanya mampu melihat dan berpeluk tubuh sahaja dan menunggu masa untuk disembelih oleh Bersatu, maka apa yang berlaku di Sabah akan berlaku juga pada PRU 15 akan datang.
UMNO mesti bertegas dan menolak teori pemimpin yang berkepentingan dan berpihak kepada agenda Bersatu serta mereka yang sayangkan jawatan dalam kabinet. Ketegasan ini amat perlu sekarang dan bukan boleh ditangguh lagi. Bukan soal tamak kuasa tetapi atas rasa tanggungjawab terhadap akar umbi UMNO seramai 3 juta orang.
Akar umbi UMNO amat peka dalam hal ini, Namun disebalik kebencian dengan sikap sombong pimpinan Muhyiddin akar umbi UMNO melihat tiada cara lain untuk meredakanya selain dari Pilihanraya semula dijalankan.
Menuntut diadakan Pilihanraya Umum (PRU) ke-15 dengan segera petanda UMNO amat yakin dengan percaturan politik yang direncanakan berdasarkan dengan 7 PRK yang dimenanginya tanpa PAS dan juga PPBM.
Dalam lain perkataan walaupun UMNO bersama dengan kedua-dua parti ini dalam PN membentuk Kerajaan hari ini, namun sebenarnya mereka mahu bersendirian.