Skuad Sabil Terus Membantu Mangsa Banjir

Skuad Sabil Gerakkan 2 ribu Tenaga Sukarelawan Bantu Mangsa Banjir Pahang

[KGVID]https://my-tv.online/wp-content/uploads/2021/01/VID-20210111-WA0051.mp4[/KGVID]

Bagi membantu mangsa pasca banjir di Pahang, Skuad Sabil menggerakkan tenaga kerja mereka dari hampir seluruh negara menurut Ketua Pemuda Umno Malaysia, Dato Dr Asyraf Wajdi Dusuki semasa ditemui semalam.

 

Beliau memberitahu bantuan Skuad Sabil tidak hanya terhad kepada kediaman, malah rumah ibadat kaum lain turut dibersihkan mereka. Keharmonian serta sikap saling menghormati antara kaum ini jelas terserlah apabila mereka membantu tanpa mengambil kira latar belakang samada kaum mahupun politik mangsa pasca banjir.



Asyraf turut menjelaskan Skuad Sabil turut digerakkan bagi menolong mangsa banjir di Terengganu dan Johor. Beliau ditemui di Pamah Rawas, Raub semasa melakukan kerja-kerja pembersihan pasca banjir bersama Skuad Sabil dan Mahasiswa Umno.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button