Muhyiddin Perdana Menteri Paling Gagal Secara Total

Kekecamukan sistem pemerintahan yang diamalkan oleh kerajaan Pn amat ketara sekali, dasar yang berubah –ubah telah menjadikan Negara ini dalam keadaan yang tidak stabil dan menyukarkan proses ekonomi berjalan dengan baik.

Bukan itu sahja, ketidakcekapan menteri yang dilantik dari PPBM tidak dapat menjalankan tugasan melalui portfolio yang diamanahkan kepada mereka. Ini turut menyumbang kepada ketidakcekapan pentadbiran dalam Negara.

Selama 60 tahun UMNO memerintah Negara, dasar dasar yang dijalankan  berteraskan kepada kepentingan  rakyat dan juga  mempunyai matlamat untuk memajukan Negara dengan  menyediakan ruang dan peluang untuk rakyat.



Ruang dan peluang untuk rakyat dibuka seluas luasnya  agar rantaian ekonomi terus berkembang  dalam negara ini. Sekali gus ianya akan dapat  mengurangkan  bebanan serta tekanan terhadap permasalahan social.

Tetapi sejak kerajaan PH memerintah  kemudian diambil alih oleh kerajaan PN, rakyat melihat pemimpin yang menerajui Negara asyik dengan berpolitik sepanjang masa. Kepentingan rakyat bukan lagi matlamat utama kerajaan PN, Mereka hanya mementingkan tembolok  sahaja. Jual beli kuasa politik.

Kehilangan asset Negara semakin hari semakain bertambah, pelabur lari  ke negara lain, pengangguran meningkat, tekanan sara hidup rakyat meningkat, nilai mata wang jatuh, kebanyakan bantuan untuk  rakyat ditarik serta merta. Rakyat berhadapan dengan berbagai permasalahan semenjak kerajaan BN ditumbangkan.

Jadi untuk apa lagi sebuah kerajaan yang memerintah  menerajui  kerajaan jika kepentingan rakyat semuanya diabaikan. Tanpa menarik perlaburan masuk kedalam negara? Sampai bila sebuah negara akan bertahan jika pemimpin sedemikian menerajui negara? Kerajaan PN atau PH sebelum ini hanya tahu  menghabiskan aset Negara yang terkumpul  oleh kerajaan BN/UMNO sebelum ini.



Sekali lagi, Negara didatangi musibah banjir yang mana melihatkan beberapa buah negeri, namun rakyat amat kecewa sekali dengan kerajaan PN. Tiada seorang pun menteri yang turun  dalam misi membantu rakyat. Kebanyakan mereka menghilangkan diri sebagaimana kerajaan PH dahulu.

Rata rata penyokong dan pengundi  PH dalam PRU 14  meluahkan rasa kecewa dengan tindakan ini. Mereka amat kesal kerana memilih PH pada PRU 14 yang lalu,, tetapi berlainan dengan  UMNO, dari menjadi kerajaan dan sekarang bukan kerajaan, UMNO terus turun padang untuk membantu rakyat walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

Sebenarnya kerajaan PN pimpinan Muhyiddin telah gagal sepenuhnya, gagal  dalam keseluruhan dasar dan pentadbirannya. Gagal dalam memudahkan urusan rakyat dan dilihat sebagai sebuah kerajaan yang “amat gila kuasa” dan mempergunakan keperitan rakyat sebagai  tapak pemijak untuk mengekalkan kuasa.

Dasar-dasar yang berubah-ubah serta amalan pilih kasih yang menjadi amalan Kerajaan PN telah menyebabkan rakyat kehilangan punca mata pencarian, kemiskinan meningkat dan ditambah pula dengan ancaman virus covoid 19 yang sedang melanda Negara tatkala rakyat tidak punyai apa –apa  lagi.



Statistik yang menunjukkan sokongan terhadap Muhyiddin sudah menurun secara drastic, tekanan mula dirasakan oleh Muhyiddin apabila ada ahli parlimen mula menarik sokongan dan tindakan ini akan mengancam kedudukan politiknya.

Sebagai langkah untuk meyelamatkan nyawa politiknya , Muhyiddin  telah mengistiharkan PKPP, PKPB, PKP dibeberapa buah negeri sebagai petunjuk untuk mengekang tekanan yang dihadapinya. Tidak sampai 24 jam selepas itu, Muhyiddin terus mengistiharkan darurat dengan perkenan YDP Agong.

Demi  untuk mempertahankan kuasa setelah mengetahui kehilangan sokongan anggota Parlimen, maka dia memilih untuk mengemukakan usul darurat, walaupun ianya tidak diperlukan.

Seharusnya, Muhyiddin tidak perlu mengistiharkan darurat tetapi melakukan penambahbaikan melalui perintah kawalan pergerakan (PKP), PKP bersyarat, dengan memperkenalkan lagi syarat yang lebih ketat  atau langkah tambahan sebagai jalan untuk memerangi covid 19.



Kegagalan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dilihat lagi apabila banyak negara telah dan sedang menerima vaksin bagi penawar untuk rakyat dalam Negara mereka, sebagai contohnya Singapura,  Pada ketika Singapura telah menerima penghantaran vaksin, Menteri Kesihatan kita baru saja menandatangani perjanjian untuk membeli vaksin tersebut.

Diulangkan semula, “baru tanda tangani” perjanjian untuk membeli vaksin  kepada beberapa buah Negara. Amat mendangkalkan apabila alasan yang diberikan ialah kerajaan tidak dapat meyediakan RM2.1 billion. Semestinya ini satu pembohongan besar.

Jelas sekali Muhyiddin dan kerajaan PN sedang bermain dengan nyawa rakyat sebagai langkah untuk mengekalkan kuasa politik. Secara logiknya apakah miskin sangat Negara ini  apabila tidak dapat menyediakan RM2.1 billion  dalam masa kecemasan dan untuk rakyatnya.

Berapa banyak lagi nyawa yang akan terkorban sia-sia kerana kegagalan kabinet PN ini?



Muhyiddin gagal sepenuhnya dalam membezakan kepentingan rakyat dan keperluan rakyat masakini, Amalan “double standard” telah menular dalm pemerintahan kerajaan PN. Sebagai contoh yang nyata apabila seorang rakyat dan seorang berjawatan Menteri yang melanggar SOP. Ini jelas dilihat oleh rakyat tindakan yang diambil.

Rakyat akan dipenjara, dan menteri hanya akan didenda. Apakah ini  kerajaan yang diimpikan oleh  anak muda yang beriya-iya mahukan sebuah kerajaan baharu? Ini belum lagi isu yang berkaitan penguguran kes mahkamah dan kesalahan kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin politik PN atau PH yang digugurkan serta merta.

Secara keseluruhannya, prestasi kerajaan PN adalah mengecewakan rakyat, permainan politik dalam kerajaan PN lebih penting dari nyawa dan kesusahan rakyat.

Darurat ketika ini tidak ada lagi kekangan terhadap penyalahgunaan kuasa, segalanya boleh dilakukan tanpa pengawasan dan disini juga boleh berlaku penyelewengan tanpa sekatan. Maka bertambah bermaharaja lela lah  mereka.



Untuk rekod, pelaksanaan PKP di lima negeri dan tiga wilayah persekutuan yang berkuatkuasa selama 14 hari bermula 13 Januari 2020 dan selepas itu dalam masa 24 jam darurat diumumkan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button