Pahang Peruntukkan RM12 Juta Bantu Mangsa Banjir

Peruntukan Besar Bantu Mangsa Banjir Pahang

[KGVID]https://my-tv.online/wp-content/uploads/2021/01/VID-20210110-WA0037.mp4[/KGVID]

Pahang yang masih berdepan dengan musibah banjir memperuntukan sejumlah RM12 juta bagi membantu mangsa banjir. Menurut Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail, kerajaan negeri turut mempertimbangkan peruntukan tambahan sekiranya memerlukan.

banjir pahang

Mangsa banjir Pahang yang mencecah lebih 20,000 orang memerlukan perbelanjaan yang agak besar. Oleh demikian Kerajaan Pahang telah melancarkan Tabung Khas Bencana Banjir Pahang bagi membolehkan sumbangan disalurkan.



Hari ini Kerajaan Negeri turut menyerahkan peruntukan khas banjir kepada agensi yang terlibat secara langsung untuk digunakan dalam operas banjir dan pasca banjir Pahang.

banjir pahang

Wan Rosdy turut meminta rakyat yang terlibat dengan banjir agar mematuhi arahan pihak berkuasa serta mengamalkan SOP bagi menghindari penularan covid19.



Mangsa banjir di Pahang, Terengganu terus meningkat, Johor pula menurun

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button