Annuar mengikut skrip pegawai khas?

Setiap hari sejak dipecat dari jawatan Setiausaha Agong Barisan Nasional, Annuar Musa  aktif membuat kenyataan yang menampakkan dirinya yang sebenar. Annuar dilihat ‘melalak’ di akhbar-akhbar maya. Pelbagai isu beliau membuat ulasan, seolah-olah orang gila talak.

‘Damage already done’, itulah hakikat sebenarnya. Jawatan setiausaha adalah jawatan yang dilantik oleh ketua dan sebagai ketua, jawatan tersebut akan diberikan kepada orang yang menjadi kepercayaannya.

Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Annuar seakan tidak boleh menerima hakikat beliau dipecat walhal jawatan tersebut adalah jawatan lantikan sahaja. Sebelum beliau pun ada tokoh pemimpin politik yang lebih berwibawa memegang jawatan tersebut dan sebelum itu pun banyak lagi pertukaran dibuat seiring dengan perubahan pucuk pimpinan. Namun bila sampai giliran Annuar, beliau seolah jadi gila meroyan dan seakan tidak mampu menerima kenyataan bahawa beliau dipecat.



Latah Annuar sehingga mendedah kononnya Presiden UMNO, Zahid Hamidi curang terhadap perjuangan UMNO BN. Pendedahan surat sokongan Zahid kepada Anwar Ibrahim dan surat tersebut disokong oleh Najib Razak dianggap oleh Annuar sebagai senjata ingin rosakkan reputasi Presiden tetapi nampaknya memakan diri sendiri.

Surat tesebut hanya ‘disahkan asli’ oleh kaum rapat Annuar dan media pro dap sahaja. Watak Annuar dah terserlah, sudah tidak boleh dipercayai lagi. Bagaimana dengan rahsia beliau dengan Hamzah Zainuddin, Azmin Ali dan Takiyuddin?

Kalau benar surat asli, kenapa bajet 2021 mendapat sokongan dari ahli parlimen UMNO termasuk Zahid dan Najib?

Annuar sedang mengikut telunjuk pegawai khasnya.



PPBM: KAWAN ATAU LAWAN?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button