Kereta terbabas warga emas maut

12/01/2021 09:42 PM

JOHOR BAHRU, 12 Jan — Seorang lelaki warga emas maut apabila kereta yang dipandu terbabas lalu memasuki kawasan banjir di bahu jalan berdekatan Dusun Panti, Jalan Kota Tinggi-Mersing, petang ini.

Komander Operasi, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi Azman Jantan berkata Pong Song Wook, 64, yang memandu Toyota Camry meninggal dunia dalam kejadian pada kira-kira pukul 4.00 petang.



Katanya 13 anggota dengan tiga jentera bergegas ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima panggilan kecemasan, dan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) kemudiannya bertindak menarik kereta ke kawasan selamat dengan dibantu orang awam.

Beliau dalam satu kenyataan di sini, berkata lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, dan polis sedang menyiasat punca kematian.

Sementara itu dalam satu kejadian berasingan, sebatang pokok tumbang dan menghempap bahagian depan dua rumah serta dua kereta dan sebuah motosikal di Jalan Landak Kawan, Taman Abad, dekat sini, pada pukul 1.34 petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Larkin Nazarudin Yusof dalam satu kenyataan berkata berkata kejadian itu turut menyebabkan tiga penghuni terperangkap dalam sebuah rumah kerana pokok itu menghalang laluan pintu utama rumah, namun mereka dapat keluar menerusi pintu belakang rumah, dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.



Lima maut termasuk bayi sembilan bulan selepas SUV terbabas di laluan pejalan kaki di Jerman

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button