Lebih baik desak Muhyiddin letak jawatan

Sehari dua ini kedengaran beberapa pemimpin UMNO di beberapa bahagian dan di pelbagai jawatan mula acah-acah cari populariti membuat kenyataan mendesak agar Presiden UMNO supaya berehat atau dengan kata lain meletakkan jawatan. Agak kabur sebab yang diberikan namun asalkan dapat satu ruang petak percuma di akhbar sudah cukup untuk mencari nama.

Perbuatan samada terancang atau sememangnya mencari nama ini bukanlah suatu yang baharu. Dari sejak awal Zahid Hamidi menang pertandingan jawatan tersebut, isu ini timbul kononnya Zahid gagal menerajui UMNO. Kemungkinan ianya dari kem yang tidak menyokong beliau lebih awal. Kalau gagal. UMNO BN tidak bangkit dan menang di beberapa PRK yang lalu, “7-0”.

Musuh dalaman yang berjawatan ini adalah cluster yang wujud. Mereka ada di dalam mana-mana komuniti termasuk komuniti NGO atau mana-mana persatuan yang tidak bergerak atas laluan politik. Hasad dengki dan iri hati adalah lumrah selagi mereka bernama manusia.



Musang berbulu ayam tidak mampu melihat kelemahan diri sendiri. Najis yang terseret di ekor tidak dipedulikan kerana sibuk melihat keburukan insan lain. Mereka yang berjawatan, sepanjang musim covid-19 ini apa yang mereka buat? Mengampu dan mengempen dengan menggunakan fitnah dan adu domba?

Mahathir cuba matikan UMNO BN namun UMNO BN masih gagah berdiri, Muhyiddin pula dilihat ke arah yang sama cuma berlainan cara namun UMNO BN masih mampu bertahan. Beberapa pemimpin UMNO BN yang berjasa kepada negara diheret dan didakwa dengan bermotifkan apa? Ini gagal diterjemah oleh pemimpin yang mulut lancang sibuk meracun sesama sendiri agar Zahid letak jawatan.

Kerajaan Muhyiddin tidak kukuh dan stabil, ini yang patut pemimpin UMNO BN di pelbagai peringkat ambil kesempatan. Sudah termakan umpan cacing matikah?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button