‘Auntie, duit anda tercicir’

Hebahkan !!!


© Provided by Harian Metro ANTARA barangan yang dirampas. FOTO ihsan polis rnoraina

Kuala Lumpur: Dua lelaki yang aktif melakukan jenayah ragut di sekitar daerah Brickfields tumpas selepas ditahan polis semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kedua-dua suspek berusia 31 dan 34 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields yang menjalankan siasatan mengenai kegiatan mereka.

Menurutnya, mereka ditahan di Jalan PJS 3/22 Taman Seri Manja, Petaling Jaya, pada 2.30 pagi.

“Pada mulanya polis menerima laporan kejadian ragut dibuat seorang wanita berusia 69 tahun yang berlaku pada 2 petang, 22 Disember lalu.

“Mangsa berjalan dengan anaknya di Jalan Klang Lama berhadapan sebuah pusat beli belah sebelum didatangi seorang lelaki menunggang motosikal. Suspek menegur mangsa kononnya duit mangsa tercicir.

“Anak mangsa kemudian menoleh ke belakang dan cuba mencari sebelum secara tiba-tiba suspek meragut rantai leher mangsa dan melarikan diri. Kerugian dialami mangsa dianggarkan RM500,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Anuar berkata, bertindak atas maklumat polis berjaya menahan suspek dan merampas pelbagai barangan antaranya enam telefon bimbit, dompet, pakaian serta motosikal Yamaha LC135 yang disyaki digunakan untuk jenayah itu.

Katanya, semakan mendapati suspek pertama mempunyai 25 rekod jenayah lampau manakala suspek kedua mempunyai 21 rekod jenayah lampau atas pelbagai kesalahan.

“Kedua-dua suspek mengaku terbabit jenayah berkenaan dan mereka kini direman selama lima hari bermula semalam sehingga 19 Januari ini untuk siasatan lanjut,” katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah menghubungi pihak Polis Brickfields di talian 03-22979222.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Leave a Reply

%d bloggers like this: