BILA AMY SEARCH JUAL ASAM PEDAS DAGING KETING, ISI KEBOSANAN PKP 2.0

Vokalis kumpulan Search iaitu Amy nampaknya menggunakan kepakaran dalam bidang masakan untuk berniaga makanan. Difahamkan, bapa kepada pelakon Nabila Huda itu pada mulanya secara suka-suka memasak kerana bosan dan bertanya kepada pengikut Instagramnya, @akuamysearch bagi sesiapa yang sudi membeli masakannya.

Menurut Amy, idea memasak dan menjual tercetus selepas beliau dan isterinya, Norish bosan tanpa aktiviti sebaik kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan kali kedua (PKP 2.0) yang dijalankan sehingga 26 Januari mendatang.

Kini, Amy tak menang tangan apabila jualannya itu mendapat sambutan. Memasuki hari kedua, Amy mengaku hidangan Asam Pedas Daging Keting resipi asli miliknya itu telah membuat aktiviti beliau di musim PKP 2.0 menjadi sibuk.



“Kita fikir apa nak buat. Berkebun sudah, semua sudah, tapi tak boleh ke mana-mana. Jadi saya cakap isteri, masaklah jom. Cuba jual. tak sangka banyak pula yang minat dan buat tempahan. Pagi pagi dah bersilat di dapur. Alhamdulillah, rezeki,” tutur penyanyi lagu ‘Isabella’ itu,” kata Amy penuh bahagia.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Sebagai permulaan, beliau memasak sendiri Asam Pedas daging Keting atau dikenali juga sebagai Beef Shank. Meninjau di Instagram miliknya, Amy memasak 10 kilogram daging bagi memnuhi tempahan yang tak disangka. Beliau juga memuat naik video dari awal menumis sehingga hidangan yang disiapkan buat pembeli siap.



Malah, masakan itu semuanya siap ditempah dan slot tempahan sehingga esok sudah penuh: “Tak sangka, ramai orang yang tempah. Semalam buat suka-suka nak cuba. hari ini nampaknya macam nak beralih kerjaya dari penyanyi jadi cef,” ujarnya ketawa.

Dengan rendah hati, Amy mengatakan sebagai bukan pakar masakan yang memegang status cef, resipi asam pedas yang dimasaknya ini dipelajari daripad arwah ayahnya, Rahman dan ibunya.

Image_3.jpg

“Jadi awal-awal saya minta maaf jika ada yang terkurang atau tak menepati citarasa pembeli. Ini resipi turun temurun dari keluarga saya,” jelasnya lagi.



Setakat ini kata Amy, beliau hanya beroperasi di Denai Alam dan semua yang membeli perlu mengambil sendiri tempahan mereka. Tempahan pula dibuat dalam kuantiti terhad iaitu sebanyak 50 bungkusan sehari.

Sekadar informasi, Amy memang terkenal sebagai seorang selebriti yang punya kemahiran memasak. Selain Asam Pedas Daging Keting, antara menu padu daripada beliau adalah Sambal Sardin dan Sup Tulang. Beliau juga memiliki perniagaan Kopi Phewwwittt yang masih aktif dijual sehingga kini.

Image_4.jpg

Image_5.jpg



Amy niaga atas talian

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button