Inisiatif PERMAI bantu kelangsungan industri pelancongan, seni dan budaya


Datuk Seri Nancy Shukri

18/01/2021 09:14 PM

PUTRAJAYA, 18 Jan — Inisiatif Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) akan membolehkan penggiat industri pelancongan, seni dan budaya meneruskan kelangsungan perniagaan dan seterusnya mengekalkan tenaga kerja masing-masing, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata inisiatif PERMAI akan memanfaatkan 14,000 pemandu pelancong dengan bantuan kewangan sekali beri sebanyak RM500 yang turut diperuntukkan kepada 118 ribu pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing menerusi peruntukan tambahan sebanyak RM66 juta.



“Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan bekerjasama dengan kementerian berkaitan untuk menyegerakan proses pembayaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat penerbangan tempatan serta agensi pengembaraan dan pelancongan diberi diskaun khas bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga Mac 2021.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan pakej bantuan PERMAI bernilai RM15 bilion, yang mengandungi 22 inisiatif dengan matlamat untuk memerangi pandemik COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Tai Chi, Wangkang disenarai Warisan Budaya UNESCO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading