“KALAU COVID-19 TAK ADA BAM, TIAP-TIAP HARI DATANG JENGUK ‘RUMAH’ KAU” – LUAH ACHEY
Pemergian Allahyarham Abam sehingga kini masih lagi dirasai oleh semua lebih-lebih lagi buat ahli kumpulan Bocey sendiri iaitu Achey dan Fad, meskipun sudah hampir genap setahun meninggal dunia.
Sempena mengenang ulang tahun kelahiran ke-33 Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, pada hari ini iaitu 19 Januari, Achey berkongsi luahan hati terhadap sahabat baiknya itu.
Menurut Achey atau Mohd Nasir Hamzah, situasi negara yang kini dihambat dengan pandemik Covid-19 menyebabkan dia tidak dapat menziarahi pusara Abam seperti kebiasaan sebelum ini.
“Assalamualaikum. Selamat ulang tahun kelahiran bam, moga kau terus aman kat sana. Kitorang kat sini ada Covid 19. Semua tengah langkah berjaga. Aku dengan Fad pun tak boleh nak jumpa sanga. Whatsapp-wahtsapp je la. Kerja pun makin kurang sikit, kena usaha ke bahagian-bahagian lain juga la.
Klik untuk gambar besar
“Tapi InshaaAllah doa untuk kau kami selitkan. Apa yang berlaku kat dunia ni kau jangan risau sangat la, sebab kecoh macam mana sekalipun, aku dengan Fad pasti sepasti nya.. mereka sayang dekat kau.
“Kalau wabak Covid-19 ini tak ada Bam, aku rasa tiap-tiap hari peminat datang jenguk ‘rumah’ (pusara) kau, tapi kau rasa mereka sayang kau mesti doakan punya. Tak kiralah datang tak datang kan? ‘Rumah’ kau makin cantik. Hari itu aku, Fad dan Sya (isteri Fad) dapatlah singgah sekejap sebelum PKP semula,” luahnya.
Achey berkata dia dan Fad tidak pernah melupakan kenangan mereka bersama lebih-lebih sepanjang terlibat dalam dunia hiburan: “Sekarang kalau dapat ruang jumpa Fad benda lain takda (borak), mesti borak pasal kau.
“Lepas tu gelak berdua memikirkan punchline-punchline yang kita buat tak jadi. Nak di kira berjuta dah kot punchline kita reka tak jadi. Untuk orang memang tak tau, tapi kalau jumpa Fad itu laa seronok di borakkan.
“Dah laa nanti orang kata aku gila pulak walaupun ini yang di rindukan, ingin di lakukan, ingin di sampaikan. Syukur puas walau hanya bayangan fikiran. Fad, kau mesti dapat bayang muka dia (Abam) malu-malu bila kita bawa kek,” ujarnya.
Untuk makluman, Abam meninggal dunia akibat demam panas pada 10 Februari tahun lalu di kediamannya di Gombak, Selangor. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Siti Nurhidayah Mohd Ali dan anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia dua tahun.
HARAP BABY LAHIR 10 OKTOBER 2020 – ISTERI FAD AKUI SEDIKIT GEMENTAR