MASUK HOSPITAL – ROY ALAMI SESAK NAFAS, ADA JANGKITAN KUMAN PADA PARU-PARU
“Pada mulanya saya mengalami sesak nafas. Jadi, saya ke klinik swasta untuk dapatkan rawatan. Namun, doktor yang bertugas mencadangkan saya untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital berdekatan.
“Disebabkan itu, saya terus ke Hospital Banting. Saya fikir hanya sesak nafas biasa, tapi hasil pemeriksaan saya dimaklumkam terdapat jangkitan kuman pada paru-paru. Saya terus dimasukkan wad untuk rawatan lanjut.
“Sekarang ini pun saya masih rasa sesak nafas. Nak bercakap banyak pun tak larat sangat. Memandangkan ia adalah jangkitan kuman, jadi perlukan rawatan segera. Cuma tidak tahu berapa lama akan ditahan,” jelas penyanyi penyanyi lagenda, Roy yang telah dimasukkan ke wad di Hospital Banting, di sini, tengah malam tadi akibat sesak nafas.
Roy atau nama sebenarnya Mohammad Rauzan Alwi, 57, berkata, hasil pemeriksaan terdapat jangkitan kuman pada paru-paru. Dalam masa sama, penyanyi lagu ‘Kau Ratnaku’ dan ‘Diari Mimpi’ itu yang juga bekas peserta program Gegar Vaganza musim keenam (GV6) berkata, dia turut menjalani ujian saringan Covid-19.
“Semalam saya juga sudah buat ujian saringan dan masih menunggu keputusan. Kalau positif, saya akan dihantar ke Hospital Sungai Buloh pula. Tapi harapnya tidaklah.
“Ini kali pertama saya kena. Sebelum ini tidak pernah. Malah, saya juga tidak ada sebarang penyakit kronik. Apa pun, doakan semoga saya diberikan kesembuhan segera,” katanya.
MASUK HOSPITAL SELEPAS ALAMI SESAK NAFAS – NETIZEN MINTA CAPRICE CARI ISTERI