Pulau Batu Puteh -PM Sahkan Mahathir cuai dan salah, berapa billion harus Bangsa Johor tuntut?

Oleh Adam Malik

Laporan Pasukan Petugas Khas berkaitan siasatan kehilangan Pulau Batu Puteh telah memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri bahawa ada terdapat kecuaian dan kekhilafan yang dilakukan oleh Tun Mahathir Ketika membuat keputusan terhadap Pulau Batu Puteh.



Namun , banyak pihak  tidak berpuas hati kerana latar belakang keputusan yang dibuat oleh Tun Mahathir amat mencurigakan.

Seolah takut kepada sesuatu beliau telah menandatangani keputusan secara sendirian tanpa menunggu Jemaah Menteri kabinet kerajaan Pakatan Harapan dibentuk dan Ketika Peguam Negara Tan Sri Appandi Ali digantung tugas.

Maka , dalam kedudukan ini , seolah olah Tun Mahathir seperti terpaksa melakukan sebelum kabinet di bentuk untk membuat keputusan secara berjemaah atau kolektif.



Keadaan ini membuatkan ramai pihak curiga dan bersyak wasangka sesuatu yang tidak diketahui akibatkan Mahathir tertekan untuk melepaskan nya segera.

Adakah kerana Singapura memiliki banyak maklumat akaun sulit kroni2 Mahathir seperti Suami Zeti Aziz , Nor Yakob dan lain2? Maka kompromi dilakukan?

Namun, hasil terperinci laporan Petugas khas belum didedahkan kepada umum seperti yang dikehendaki oleh Kebawah Duli Sultan Johor.

Apa pun seperti saranan Dr Puad Zarkashi , Mahathir perlu dipertanggung jawabkan dalam hal ini.



Mahathir telah menjawap panjang lebar namun jawapan yang diberi menyelimpang dari soalan induk “kenapa dia buat keputusan secara sendirian?”

“Membuat keputusan secara sendirian” itu yang jadi persoalan dan isu dan bukan jawapan panjang lebar seperti kisah Langkawi , nasihat peguam luar , kos kendali kes mahal , Malaysia  tiada peluang menang dan sebagai dengan nya.

“Why you decides alone?’ itu isu nya.



Jika keputusan kes tanah negara boleh dibuat secara solo , maka negara berada didalam bahaya.

Apakah Mahathir sangka melepaskan sebuah pulau adalah seperti dia menjual banyak aset negara?

Pulau mungkin kecil tetapi walau pulau kecil Kawasan sekelilngnya juga milik pihak Singapura dan nelayan sudah tidak boleh menghampiri nya.



Malah bahaya untuk negara jika Singapura tambak membesarkan untuk dijadikan fasiliti ketenteraan.

Apapun berbalik kepada topik diatas, berapa pula agaknya jumlah yang akan dituntut terhadap Tun Mahathir dan jika tidak tuntut , apa tindakan lain?

Adakah Mahathir mahu jadi Perdana Menteri sekali lagi waima satu tahun sahaja termasuk hendak ‘adjust’ perkara2 ini dan lain2?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading