JAMALI SHADAT KINI SUDAH PUNYAI SELERA MAKAN

“Alhamdulillah, ada perubahan dan datuk sudah beransur ada selera makan. Berbanding sebelum ini, datuk langsung tak nak makan. Pada saya ia satu perkembangan yang positif hasil doa semua pihak buat datuk sejak tular berita dia sedang sakit,” kata cucu pelawak ‘stand up’ komedi popular, Datuk Jamali Shadat, 78.

Cucu Jamali Shadat iaitu Isyraq Ariff Zalull Ariff, 31, mengakui gembira dengan perubahan datuknya yang kini sudah mempunyai selera makan berbanding sebelum ini, sejak semalam.

Sebelum ini, tular berita palsu mengatakan pelawak popular era 1980-an itu sudah meninggal dunia. Ia dinafikan oleh keluarga Jamali yang mengakui terkejut dengan penularan berita yang dikongsi netizen di media sosial, sejak tengah malam, semalam.



Berita ini sekali gus membuatkan keluarga Jamali dihujani panggilan telefon dan mesej daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan media.

Isyraq Ariff berkata, panggilan dan mesej pelbagai pihak kepada mereka mula reda selepas berita penafian dikeluarkan oleh mereka: “Kami berasa agak lega dan tenang sekarang,” tuturnya.

Terdahulu, Jamali yang cukup dikenali dengan watak Atan dilaporkan semakin uzur dan kurang selera makan. Sejak pemergian isteri, Allahyarham Lela Yacob akibat serangan angin ahmar pada Jun 2018, Jamali yang dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, bagai hilang semangat.

Dia dikatakan banyak berdiam diri dan bergantung kepada anak, menantu dan cucu untuk menguruskan diri. Jamali yang mempunyai lapan anak dan 39 cucu itu menetap bersama Fauzi di Pulau Indah, Klang bersama menantu dan lima anak mereka.



Sumber: Harian Metro

“DIA MASIH LAGI HIDUP…” – ANAK KESAL BERITA PALSU KEMATIAN BAPANYA, JAMALI SHADAT



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button