RITA RUDAINI: “JANGAN DICUIT SARANG TEBUAN! TANGGUNGJAWAB BUKAN SEKADAR DUIT…”
Pelakon Rita Rudaini semalam telah memuat naik beberapa kenyataannya di Instagram Story yang dituju kepada bekas suaminya yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan.
Rita ketika dihubungi bagi mengulas mengenai kenyataanny itu berkata, dia juga tidak tahu apa punca yang menyebabkan Aidil secara tiba-tiba menaikkan isu nafkah untuk anak-anak berkenaan.
“Jangan dicuit sarang tebuan! Saya pun tak tahu kenapa tiba-tiba dia nak keluarkan kenyataan begitu, semalam. Kalau disebabkan komen-komen netizen di Instagram saya, maknanya selama ini dia membaca komen di Instagram saya lah kan?
“Bila dia cuit, saya takkan berdiam diri. Selama ini, tak pernah pula saya kata dia gagal atau tak bagi nafkah anak-anak, cuma jumlah nafkah itu masih sama dengan seperti 2013 iaitu RM3,000 untuk dua anak.
“Dia asyik bangga dengan nafkah yang dibayar. Sekarang dah tahun berapa? Jadi, bila dia cakap banyak begitu, saya nak perbetulkan,” katanya.
Tambahnya, dia sendiri tak pernah meminta jumlah itu dinaikkan dan tidak pernah mengganggu kehidupan Aidil sekeluarga. Selain itu, berhubung wang tuntutan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang disebutnya dalam Instagram Story, Rita menjelaskan bahawa dia pun tak mahu berkira mengenai perkara itu.
Klik untuk gambar besar
“Kenapa dia cerita yang saya tak pernah lawan balik untuk minta naikkan nafkah? Saya tak pernah minta, sebab saya tak pernah kacau hidup dia. Saya cari duit sendiri.
“Nak sekolahkan anak di sekolah swasta atau kerajaan, duit baju raya, bahkan ucapan hari raya pun dia tak pernah bagi, tapi saya tak bising pun.
“Waktu dia bercuti dengan percutian mewah ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), saya dan anak-anak relaks sahaja sebab itu hal dia. Tapi, bila dia sentuh perkara ini, saya pun bawa keluar segala ‘point’.
“Saya dapat tahu pada empat tahun lalu bahawa dia buat tuntutan untuk potongan cukai melalui bayaran nafkah. Saya pun tak mahu berkira sangat, tapi nanti pandai-pandailah menjawab di akhirat.
“Tapi, jangan ingat saya tak bising dan tak berkira, dia boleh buat sesuka hati. Duit nafkah bulan Disember 2019 pun dia langkau. Bila peguam saya tanyakan kepada pihaknya, dia cakap dah bayar. Jadi, saya cakap, kalau betul dah bayar, tunjuklah bukti bayaran kerana dalam rekod saya tak ada bukti bayaran,” ujarnya.
Pelakon drama ‘Rafflesia’ itu juga menegaskan bahawa Aidil boleh sahaja menghubunginya secara peribadi kalau ada sebarang masalah. Tegas Rita lagi, tanggungjawab bukanlah berasaskan wang ringgit semata-mata.
“Bila saya cakap, orang kata saya jahat mencanang hal rumah tangga. Dia boleh sahaja hubungi saya sebab nombor telefon saya tak pernah bertukar pun sejak zaman bercinta dengan dia sampailah sekarang. Bahkan, nombor itu pun dia yang pilih.
“Rumah pun saya masih lagi tinggal di rumah sama. Bukan apa, manalah tahu kalau nanti dia dah berumur, sakit atau teringat anak-anak, boleh datang. Masa tengah sihat macam sekarang, mungkin tak rasa lagi.
“Lagi satu, kalau tak mahu cerita rumah tangga diperdebatkan, tak payah tulis apa-apa di Instagram. Lain kali, jangan buat akaun Instagram palsu semata-mata nak ambil tahu dan baca komen sebab nanti, benda itu memakan diri.
“Tanggungjawab bukan sekadar duit sebab ada banyak jenis tanggungjawab lagi. Tak mahu bagi atau tak mahu ambil peduli, tak mengapa. Tapi, jangan cuit.
“Sewaktu anak dibuli, tak muncul pula. Sewaktu anak berdepan fitnah dan dituduh anak luar nikah, tak muncul juga. Tiba-tiba, bila masuk isu duit, baru bersuara?” ,” tuturnya.
Semalam, Aidil menerusi Instagram miliknya membuat penjelasan mengenai nafkah anak dan juga isu berkaitan LHDN. Tambahnya, dia tidak mahu menghebahkan perkara ini di media sosial kerana tidak mahu berlaku kesan buruk kepada anak-anaknya yang semakin membesar.
“Ingin saya nyatakan yang selama ini saya sudah memberi nafkah kepada anak-anak saya pada setiap bulan tanpa gagal (seperti mana) yang ditetapkan oleh pihak mahkamah. Saya ada semua bukti pembayaran ke dalam akaun. Seharusnya pihak di sebelah sana sedia maklum nafkah telah pun diterima pada setiap bulan.
“Sebagai rakyat Malaysia saya tidak lari daripada menjalankan tanggungjawab saya untuk membayar cukai setiap tahun. Oleh itu, saya berhak untuk menyatakan setiap tanggungan saya kepada pihak LHDN. Ini termasuklah pembayaran nafkah saya kepada anak-anak.
“Selebihnya tentang tanggungjawab saya sebagai seorang bapa, biarlah urusan ini antara saya dan pihak sana yang tahu. Adalah tidak manis urusan keluarga dihebahkan kepada orang ramai. Anda semua maklum yang selama ini saya banyak berdiam diri daripada mengeluarkan seberang kenyataan dan tuduhan terhadap saya.
“Bukan takut, tapi saya tidak suka bercerita kerana saya tahu akan impak media sosial pada masa akan datang untuk anak-anak yang sedang membesar,” tulisnya.
VIDA DAKWA SUAMI TAK BERI NAFKAH BULANAN SEJAK BERPISAH 2008