Biden tandatangani perintah eksekutif betulkan dasar penjagaan kesihatan


Joe Biden

29/01/2021 11:51 AM

WASHINGTON, 29 Jan — Presiden Joe Biden pada Khamis menandatangani dua perintah eksekutif bertujuan memulihkan semula sistem penjagaan kesihatan dan membetulkan “kerosakan” yang dibuat bekas Presiden Donald Trump, lapor Agensi Anadolu.

Beliau berkata langkah Trump sebelum ini menyebabkan sistem penjagaan kesihatan “sukar diakses, lebih mahal dan ramai rakyat tidak berpeluang memenuhi syarat ditetapkan.”



“Saya tidak membuat undang-undang baharu mahupun aspek baharu. Cuma kita akan kembali kepada keadaan sebelum ini,” katanya di Rumah Putih.

Perintah eksekutif itu bertujuan memperkasakan Medicaid dan undang-undang penjagaan kesihatan universal yang dikuatkuasakan ketika Biden menjadi naib presiden semasa pentadbiran Presiden Barack Obama, dan membatalkan usaha Trump untuk mengekang akses wanita untuk pengguguran.

Di bawah perintah itu rakyat Amerika boleh membuat pendaftaran baharu insurans di bawah undang-undang penjagaan kesihatan universal dari 15 Februari hingga 15 Mac.

“Ia sangat penting di tengah penularan wabak COVID-19 yang telah merosakkan AS,” , kata Biden.



Lebih 431,000 rakyat Amerika maut akibat virus itu, mereka yang masih bertahan pula kemungkinan berdepan risiko kesihatan jangka panjang, termasuk masalah paru-paru dan komplikasi jantung. Sementara lebih 25 juta kes telah direkodkan di negara ini, menurut data Johns Hopkins University.

Biden turut mengeluarkan arahan supaya agensi persekutuan membuat semakan semula untuk memastikan dasar mereka tidak mengganggu akses rakyat Amerika terhadap penjagaan kesihatan.

Dalam satu arahan berasingan Presiden Biden mengeluarkan memorandum kepada ketua Jabatan Negara, Pertahanan dan Kesihatan dan Perkhidmatan Kemanusiaan serta agensi bantuan asing AS, untuk mengembalikan apa yang dikenali sebagai “Mexico City Policy.”

Langkah AS sertai semula WHO amat wajar ketika dunia hadapi cabaran tangani COVID-19 – Pakar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button