DATUK KEMBALI KE RAHMATULLAH – WANI SYAZ REDA

Takziah kami ucapkan kepada penyanyi Wani Syaz atas pemergian datuk tersayang, Hassan Basri Khalidi, 83, awal pagi semalam, akibat ketumbuhan dalam paru-paru.

Wani yang reda dengan pemergian datuknya itu berkata, jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Lapis Terus, Seri Medan, Batu Pahat, Johor. Berita sedih itu turut dikongsi Wani atau nama penuhnya, Nursyazwani Selamat di laman Instagram (IG).

“Wani panggil arwah dengan gelaran ‘Nenek Lelaki’ selama hayatnya. Dari kecil sampai sekolah rendah, Wany tinggal dengan arwah. Anda Arwahlah yang menghantar dan mengambil Wani di sekolah.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Terlalu banyak kenangan lampau bersama. Arwah ibarat bapa Wani sendiri. Memang masa banyak dihabiskan dengan arwah, apatah lagi, Ummi Wani bekerja. Dalam tegas, arwah tebal dengan sikap penyayang,” katanya.

Wani berkata, arwah datuknya berkhidmat dengan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) selama 33 tahun: “Arwah adalah guru mengaji al-Quran dan berzanji. Arwah juga guru kompang selain jadi bilal di masjid,” tuturnya.

Perkongsian foto Wani bersama arwah turut mendapat perhatian pengikut di IG selain teman artis yang mengucapkan takziah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *