MB Terengganu Bakal bertanding kerusi parlimen – Menteri Kanan?

Angin bertiup dari pantai timur, kencang seperti angin monsoon yang membawa bencana banjir setipa tahun. Menteri Besar Terengganu bakal bertanding di kerusi parlimen dan menurut sumber, kerusi tersebut adalah kerusi tradisi Presiden PAS, Hadi Awang, kerusi yang dijamin menang 100%.

Hadi bakal bersara dan sebagai ganti, anak beliau mungkin bakal menjadi Menteri Besar Terengganu selepas PRU ke 15 nanti.

Percaturan ini adalah kerana kelayakan MB Terengganu atau lebih terkenal dengan jolokan Dr Sam mengatasi menteri kabinet muhyiddin yang ada sekarang.



Beliau berpotensi besar untuk menjawat jawatan menteri kanan. Lulusan cemerlang di bidang aero angkasa dan selayaknya menjawat kedudukan menteri kanan negara. Sekarang di dalam Perikatan Nasional, Muhyiddin melantik beliau sebagai bendahari.

Tambah sumber, Dr Sam layak menjadi menteri ekonomi atau menteri pertahanan. Pengalaman sebagai Menteri Besar amat berguna dan ilmu akademiknya bukan ramai yang ada.

PRU ke 15 nanti, kabinet Muhyiddin hanya terdiri dari wakil rakyat parlimen PAS dan juga komponen parti rincih yang menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

Berkemungkinan besar, UMNO BN akan berada di blok pembangkang bersama dengan Anwar dan DAP.



PAS sudah boleh tidur lena, UMNO ‘bye-bye’!

Muhyiddin lebih bersedia kali ini. Muhyiddin sedang memilih calon menteri kabinetnya!

PRN SABAH PKR BERTANDING 14 KERUSI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button