#Covid19: 5725, Apa ‘exit plan’ negara?

Buat pertama kali di dalam sejarah negara setelah setahun #kitapastimenang #kitajagakita #staysafe, akhirnya kita tiba juga di angka 5000.

Apa sudah jadi?

Adakah SOP yang disarankan oleh WHO dan kita ikuti 100% itu tidak berkesan?



Adakah rakyat memilih untuk ‘tidak melawan’ kerana rakyat lebih terkesan dengan ekonomi keluarga yang amat meruncing?

Adakah pemimpin negara gagal bertindak atau ada idea yang lebih bernas berbanding hidup hanya mengikuti apa sahaja saranan dari WHO, seolah kita tiada daya berfikir tanpa kotak?

Apa ‘exit plan’ kita?

Cukupkah dengan bertindak dengan mengeluarkan saman dan kompaun dan menaikkannya (kiranya wajar)?



Cukupkah dengan iklan yang terpaksa dibayar begitu mahal kepada stesen TV swasta berhubung #kitajagakita dan #sop? Jika percuma, pembikinan iklan tersebut juga melibatkan kos yang tinggi. (mungkin)

Cukupkah dengan sekatan jalanraya oleh anggota PDRM dan tentera?

Apa ‘exit plan’ seterusnya?

Berdaya tahankah negara sekiranya kebergantungan hanya kepada keberkesanan vaksin yang be;um teruji?



Norma baharu adalah ‘exit plan’?

Kerajaan tidak perlu lanjutkan darurat.

Kerajaan perlu melihat secara serius kewangan negara supaya rakyat dapat dibantu sepenuhnya sepanjang ‘lockdown’ 2.0 ini.

Kemungkinan ‘lockdown 2.0’ wajar dipertimbangkan dan kali ini dalan jangka masa minimum adalah 3 bulan hingga satu tahun:-



1) Pastikan semua sektor yang melibatkan kluster warga asing dihentikan selama cadangan tersebut atau mungkin lebih lama dari sektor yang lain. Haramkan mereka keluar masuk di kawasan kediaman mereka danmajikan wajib menyalurkan makanan dan keperluan asas untuik mereka sepanjang ‘lockdown’ 2.0.

2) Peniaga dalam sektor keperluan asas harian boleh berniaga tetapi hanya menggunakan khidmat penghantar (delivery). Dan kembangkan norma baharu ini sepanjang hayat – amalkan kurang masa di luar rimah.

3) Yang bekerja di dalam sektor dibenarkan sahaja boleh berada di premis mereka sehingga waktu yang ditetapkan dan yang tidak terlibat, pukul 630 petang wajib berada di rumah masing-masing.

Ini sekadar cadangan.



Rakyat perlukan pemimpin yang berfikiran bernas dan bertindak berani bukannya pemimpin yang gila menggunakan #covid19 untuk mengukuhkan kuasa yang sudah hilang.

Rakyat susah,rakyat berharap angka 5000 bukan sesuatu yang boleh membuat pemimpin gila kuasa ‘tersenyum’!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button