TERPALIT LAGI ISU SKANDAL SUAMI ORANG – FIFY AZMI TAMPIL NAFI

Pelakon Fify Azmi sebelum ini pernah menjadi perhatian ramai apabila dikaitkan dengan punca perpisahan pelakon Rashidi Ishak dan bekas isterinya, pelakon Vanidah Imran yang bercerai pada Ogos 2018.

Namun terkini, nama Fify kembali hangat apabila sekali lagi terpalit skandal ‘suami orang’ apabila didakwa menjalinkan hubungan dengan pelakon Kodi Rasheed yang berstatus suami orang.

Dikatakan rapat dengan Kodi selepas bergandingan dalam drama ‘Ryan Aralyn’, kedua mereka sekali lagi bekerjasama menerusi drama ‘Skuad JPJ’ arahan Pali Yahya yang menjalani penggambaran di Melaka, baru-baru ini.



Terkejut dengan dakwaan tidak berasas itu, Fify menafikan perkara tersebut. Pelakon filem Wira itu berkata dia tidak akan menjalin hubungan suami orang apatah lagi dia sudah mempunyai kekasih.

“Saya tak tahu nak beri reaksi bagaimana terhadap dakwaan ini. Asalkan rapat sahaja keluar kisah dongeng dan skandal, sedangkan saya rapat dengan semua pelakon.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg



“Saya belum buta mata dan hati mahu menjalinkan hubungan dengan suami orang. Kodi sudah berkahwin, tak baik mereka-reka cerita yang tidak betul. Lagipun, saya sudah mempunyai kekasih, sudah lima tahun kami menjalinkan hubungan cinta,” katanya.

Sementara itu, Kodi tampil mengulas mengenai dakwaan liar itu berkata dia dan Fify hanya sekadar rakan dalam industri hiburan sahaja.

“Saya dan Fify berkawan sahaja. Hubungan kami tiada membabitkan perasaan. Kami jadi rapat kerana sudah dua kali bergandingan bersama.

“Saya, Fify dan Riz Armin juga buat bisnes produk kesihatan bersama. Mungkin disebabkan itulah ada yang menganggap hubungan kami rapat lain macam,” jelas Kodi yang mendirikan rumah tangga dengan Nor Fatihah Mahad sejak 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata.



GARA-GARA TERTEKAN PAUTAN DIRAGUI – IG DIGODAM, RAJA AZMI KENA PERAS UGUT

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button