90 PERATUS PRODUKSI MUSLIM MINTA SAYA ‘BUKA TUDUNG’ – MIA SARA

“Sejujurnya, selama dekat lima tahun saya bertudung, 90 peratus orang yang suruh saya buka tudung adalah Muslim.

“Masa itu saya tersinggung. Awak (produksi) Muslim dan awak tahu bukan tidak tahu. Tapi tetap suruh macam itu juga. Bagi saya ia sangat tidak menghormati,” ujar Mia Sara Nasuha ketika dijemput menerusi program di TV Al-Hijrah.

Ia berikutan Mia ditanya mengenai pendedahannya mengenai syarikat produksi yang memintanya untuk membuka tudung sedangkan dia seorang yang berhijab sekian lama.



“Saya rasa saya perlu pertahankan diri saya dan orang Islam yang lain. Sebab itu saya buat keputusan untuk bercakap tentang perkara ini. Saya tahu ramai lagi artis lain yang kena tetapi masih tidak bersuara tentang benda ini,” dedahnya dipetik sebagai berkata.

Sehubungan itu, Mia yang kini berusia 16 tahun terpaksa menolak banyak tawaran hingga ada kalangan peminatnya menyangka dia sudah tidak aktif dalam bidang tersebut.

Klik untuk gambar besar

MS%2B2.jpg



MS%2B3.jpg

KEMBALI AKTIF – MIA SARA DEDAH ADA TAWARAN SURUH BUKA TUDUNG, MINTA HORMATI



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button