Banjir di 3 negeri kian pulih

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Selangor menurun kepada 19,807 orang, setakat jam 4 pagi tadi.

Terengganu mencatat bilangan mangsa banjir tertinggi membabitkan 11,655 orang, diikuti Kelantan (8,138) dan Selangor (14).

Menurut laporan Pusat Kawalan Bencana Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sebanyak 50 pusat pemindahan sementara (PPS) aktif di Terengganu, Kelantan (22) dan Selangor (satu).

“Sebanyak 5,672 keluarga terjejas dalam banjir yang melanda 10 daerah di tiga negeri terbabit.



“Sebanyak 73 PPS masih aktif di tiga negeri berkenaan,” katanya.

Menurut laporan itu lagi, daerah terjejas banjir di Kelantan berkurangan kepada tiga, iaitu Kuala Krai, Pasir Mas dan Tumpat.

Di Terengganu pula, banjir masih melanda Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Setiu, manakala Selangor hanya membabitkan Gombak.

Berita Harian




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading