Doktor kontrak dakwa diugut pakar perubatan

KUALA LUMPUR: Mogok Doktor Malaysia mengingatkan kepada mana-mana pihak termasuk pegawai perubatan kanan untuk tidak mengugut doktor kontrak yang mahu menyertai mogok selama tiga hari bermula esok.

Menerusi Instagram mereka, kumpulan itu mendedahkan ada doktor kanan cuba menekan doktor kontrak untuk tidak terbabit mogok bagi menuntut hak lantikan tetap.

“Pihak kami akan membuat laporan polis di seluruh negara terhadap mana-mana doktor pakar yang terbabit kes ugutan seperti ini.



“Tolong hantarkan nama kepada ‘admin’ (pentadbir Mogok Doktor Malaysia) dengan bukti ‘screenshot’ (tangkap layar). Kami akan memastikan pakar perubatan yang terlibat dalam ugutan dikenakan hukuman setimpal,” katanya.

Menerusi hantaran sama, turut dimuat naik gambar tangkap layar kiriman mesej didakwa daripada seorang pakar perubatan yang melarang mengambil cuti sakit atau cuti kecemasan dan tindakan akan diambil oleh ketua bahagian.

Media sebelum ini melaporkan, kumpulan doktor kontrak yang merancang untuk mengadakan mogok selama tiga hari bermula esok, tidak berganjak daripada keputusan mereka untuk meneruskan tindakan itu.

Mogok Doktor Malaysia mendakwa 10,000 hingga 12,000 petugas kesihatan akan menyertai mogok berkenaan.



Jurucakap kumpulan itu yang dikenali sebagai Dr Jamal berkata, mereka tidak akan hadir bertugas selama tiga hari, dengan mengambil cuti sakit atau cuti kecemasan.

BHOnline


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading