Lotus’s tawar harga rendah setiap hari

Lotus’s tawar harga rendah setiap hari

Lotus's tawar harga rendah setiap hari
Pelanggan membeli barangan keperluan di Lotus’s Kepong. – FOTO NSTP/Asyraf Hamzah

Kuala Lumpur: Sebagai menyahut saranan kerajaan menangani kos sara hidup, Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) melalui kempen Hari-Hari Harga Rendah menawarkan lebih 3,500 barangan runcitnya pada harga diskaun lebih 37 peratus.

Pengarah Eksekutif Pelanggan Lotus’s Malaysia, Vivian Yap berkata, di bawah inisiatif #LotussLebihMurah pihaknya bukan saja membuat potongan harga pada hari tertentu, malah setiap hari yang mana setiap minggu lebih 200 ke 300 produk terpilih turut diberi diskaun sehingga 50 peratus.

Katanya, lebih menarik tawaran Hari-Hari Harga Rendah itu boleh didapati di 66 cawangan Lotus’s Malaysia seluruh negara dan pembelian secara dalam talian.

“Ramai rakyat yang masih bergelut dengan kenaikan kos sara hidup, justeru kami mengambil langkah menawarkan lebih 3,500 produk runcit berjenama terkemuka dan jenama Lotus’s untuk memberi pelanggan lebih nilai ketika mereka membeli-belah.



“Tahun ini juga Lotus’s Malaysia melabur sebanyak RM50 juta bagi menjayakan kempen ini sekali gus memberi rakyat lebih banyak pilihan produk pada harga rendah setiap hari.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Saravanan Akan Di Panggil SPRM


“Pelaburan itu sebagai komitmen kami dalam usaha memastikan harga barangan di Lotus’s Malaysia ditawarkan semurah yang boleh di pasaran,” katanya pada taklimat media di sini, hari ini.



Lotus's tawar harga rendah setiap hari
Pengarah Eksekutif Pelanggan Lotus’s Malaysia, Vivian Yap. – FOTO NSTP/Asyraf Hamzah

Menurutnya, pelanggan dapat menikmati harga lebih murah ini di semua stor Lotus’s, Lotus’s Shop Online dan Lotus’s di Lazada, Shopee, foodpanda dan Grab.

Vivian berkata, Lotus’s juga memperkenalkan promosi penurunan harga yang lain seperti Segar & Murah yang menawarkan pilihan produk segar dengan harga lebih rendah dan pembelian dengan pembelian (PWP) pada Jun lalu.

“Sambutannya begitu luar biasa dan peha ayam yang dijual pada harga hanya RM1, habis terjual dan melebihi permintaan.

“Oleh itu, kami sentiasa memastikan pelanggan masih dapat membeli produk kesukaan mereka pada harga rendah setiap hari serta dapat berjimat dengan lebih banyak apabila mereka menggunakan mata ganjaran Lotus’s ketika membuat pembayaran,” katanya.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa syarat Mahathir muncul atas pentas PAS?


Beliau berkata, bagi keluarga yang ingin mencari alternatif lebih murah, Lotus’s Malaysia menawarkan lebih 3,000 produk jenama Lotus’s di stor dan dalam talian.

“Kami tidak mengurangkan kualiti produk jenama Lotus’s walaupun ditawarkan pada harga 20 hingga 30 peratus lebih rendah, malah pelanggan banyak memilih produk jenama kami terdiri daripada makanan (susu, nuget, kentang) dan bukan makanan,” katanya.



Selain itu, beliau berkata 59 medan selera Lotus’s di seluruh negara akan terus menawarkan Menu Rahmah pada harga RM5.

Lotus’s juga akan segera memperluaskan inisiatif Rahmah dengan memberikan potongan sebanyak 10 peratus untuk bahan utama kepada pengusaha makanan yang menawarkan Menu Rahm

Lotus’s tawar harga rendah setiap hari


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Saravanan Akan Di Panggil SPRM



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button