“ADA SESIAPA NAK JOIN? PAKNIL SPONSOR LA” – LAMA MENUNGGU, AZNIL SANGGUP BAYAR VAKSIN COVID-19

Semua sedia maklum mengenai proses mendapatkan vaksin Covid-19 yang kini diusahakan oleh kerajaan. Vaksin tersebut akan diberikan secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.

Namun pemberian vaksin tersebut diberikan secara berperingkat dengan keutamaan kepada petugas barisan hadapan serta orang tua yang berisiko tinggi terdedah dengan jangkitan virus tersebut.

Bagaimanapun, pengacara terkenal iaitu Datuk Aznil Hj Nawawi berharap mempunyai peluang untuk mendapatkan vaksin tersebut dengan sedikit bayaran tanpa perlu menunggu giliran.



Aznil atau lebih dikenali sebagai Paknil, 58, menerusi laman Instagram turut berhasrat untuk menaja sesiapa yang berminat mendapatkan vaksin itu dengan segera.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Salam semua, katanya proses suntikan vaksin percuma adalah berperingkat-peringkat. Keutamaan akan diberikan kepada warga tua dan frontliners dahulu.



“Yang lain harus mendaftar online dan tunggu giliran. Mungkin lima hingga sepuluh bulan akan datang. Namun begitu, mungkin ada juga peluang untuk dapatkan vaksin dengan cepat dan tak perlu tunggu giliran dengan sedikit bayaran.

“Paknil ingat Paknil nak ambil yang berbayar. Ada sesiapa yang nak join Paknil? Paknil sponsor la tapi taklah ramai sebab harga pun tak tahu lagi,” katanya.

Image_3.jpg

Rata-rata pengikutnya memuji usaha yang ingin dilakukan oleh bekas pengacara program realiti Akademi Fantasia ini dan berharap vaksin itu diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.



“Bagusnya niat baik Paknil ni… ikutkan saya pun nak tapi lebih baik diberikan kepada yang lebih memerlukan dahulu. Semoga Paknil dimurahkan rezeki! Kalau nak sponsor elok diberikan pada yang betul-betul memerlukan ya,” komen pengikut.

Sebelum ini media melaporkan kerajaan mensasarkan 70 peratus atau 23 juta rakyat Malaysia akan diberikan vaksin selepas vaksin Pfizer-BioNTech yang akan diterima Malaysia akhir Februari ini sudah diberi kelulusan bersyarat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM).

Malah, pendaftaran untuk orang ramai menerima vaksin Covid-19 akan dibuka tidak lama lagi dan ia akan dilaksanakan dalam tiga fasa.

“TIADA FAEDAH SAYA MENIPU SESIAPA” – WANI COMEL MAHU BUAT LAPORAN POLIS, TAK TAHAN CACIAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button