CMG komited pertingkat kerjasama dengan media asing
04/02/2021 03:44 PM
BEIJING, 4 Feb — Kumpulan Media China (CMG) komited untuk terus meningkatkan kerjasama dengan media asing termasuk berkaitan perkongsian kandungan, penghasilan dan penyiaran program secara bersama.
Presidennya, Shen Haixiong berkata kerjasama itu juga merangkumi pelaksanaan urus niaga hak cipta, penyelidikan dan pembangunan teknologi, serta melaksanakan program pertukaran kakitangan.
Berucap pada Forum Media Video (VMF) ke-10 anjuran Agensi Berita Video CMG (Video News Agency ) (CCTV+) secara maya pada Rabu, Shen turut menegaskan China akan membuka pintu lebih luas kepada dunia luar lebih-lebih lagi pada era baharu ini.
Beliau berkata hanya kepercayaan dapat menghasilkan kerjasama kukuh sekali gus boleh mewujudkan situasi sama menang.
Sementara itu, Pengarah Global Gambar dan Video Reuters, John Pullman pada forum itu turut menyatakan kerjasama antara pelbagai pihak terbukti lebih penting di sebalik tekanan berat yang dihadapi sektor media pada masa ini.
Beliau turut menyifatkan VMF contoh kerjasama yang baik.
Sementara itu, Pengarah Global bagi Produk Video Associated Press (AP) Paul Shanley pula mengakui semua institusi media tidak dapat menangani cabaran baharu sektor media secara bersendirian tanpa kerjasama.
Untuk rekod, VMF tahun ini yang bertemakan “Penyebaran dengan kerjasama bagi wujudkan situasi sama menang pada masa depan ” berjaya menarik penyertaan 63 wakil dari 56 institusi media dari 42 buah negara dan wilayah.
Pada forum tersebut, Laporan Perkembangan Ekologi Penyebaran Global 2020 turut diumumkan bagi menganalisis perubahan baharu perkembangan industri media dan pola penyebaran global sejak tahun 2019.
Jepun mahu pertingkat pakatan dengan AS