Moon, Biden sepakat tingkatkan kerjasama, tangani cabaran global
04/02/2021 10:08 AM
SEOUL, 4 Feb —Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) sepakat meningkatkan lagi kerjasama dua hala untuk mengalakkan keamanan serantau dan menangani cabaran global.
Presiden Korea Selatan Moon Jae-in mengadakan perbincangan menerusi telefon dengan Presiden Joe Biden pada Khamis, lapor Agensi Berita Yonhap.
“Saya baru sahaja berbual dengan Presiden @JoeBiden @POTUS. Saya menyambut baik ‘kembalinya Amerika’ di tengah cabaran global seperti COVID-19, perubahan iklim dan polarisasi ekonomi.
“Berikrar untuk meningkatkan lagi pakatan Korea Selatan-AS, bersandarkan nilai bersama.
“Kami akan selalu bersama-sama berusaha untuk perdamaian di Semenanjung Korea dan menangani cabaran global,” tulis Moon di akaun media sosialnya.
Pada 12 November lalu Moon menghubungi Biden berikutan kemenangan Presiden AS itu dalam pilihan raya Amerika 2020.
Presiden Moon minta Malaysia sokong Korea Selatan tanding jawatan ketua WTO