Beratur Panjang Untuk Beli Coli, Lelaki Pun Ada!!!

Beratur Panjang Untuk Beli Coli, Lelaki Pun Ada!!!

 

Pemilik akaun Tiktok @ts.chang723 me;apurkan orang ramai tidak kira lelaki atau wanita telah mula beratur seawal pukul 2 pagi untuk mendapatkan pakaian dalam.

Pakaian dalam tersebut dikatakan dapat menyerap tenaga badan untuk memastikan pemakainya kekal sihat, selesa dan hangat.

“Semua orang ini sedang beratur untuk beli ‘seamless bra'”.



“Ini bukan ceramah politik tau, ini semua beli coli”.

“Kedai belum buka lagi tapi orang dah mula beratur,” katanya.

Menurut Chang, pakaian dalam yang dijual oleh jenama tersebut boleh melepaskan sinaran ‘far-infrared’ pada kulit untuk meningkatkan pengedaran darah.

Ia juga diperbuat daripada sejenis serat yang bermanfaat terhadap kesihatan serta dapat menyerap suhu badan pemakai.



Ada pengguna di laman Tiktok berasa musykil dan tidak percaya sehelai baju dalam boleh membawa pelbagai manfaat dari segi kesihatan.

“Ada doktor cakap barang-barang dari jenama ini palsu”.

“Lagi satu, produknya juga tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan (KKM)”.

“Tapi saya pakai stokinnya elok sahaja,” kata Ashlana.



“Selalu ada produk kesihatan macam ini, lepas itu hilang”.

“Dulu pad wanita, gelang tangan ajaib lepas tu batu gunung berapi, sekarang coli pula,” kata Joi.

“Ah, tak kuasa aku nak beratur berebut coli, macam kebulur sangat,” kata Lin.

“Kenapa lelaki pun beratur hendak beli pakaian dalam wanita?”.



“Tak faham lah,” kata Sun.

Bagi penulis sama ada apa yang didakwa oleh pengeluar itu adalah benar atau palsu, pembeli mestilah bijak untuk menilainya.

Tidak mustahil apa yang didakwa itu adalah benar dan juga tidak mustahil apa yang didakwa itu adalah palsu.

Yang paling penting, pengguna mestilah menjadi pengguna yang bijak dan pengeluar mestilah menjadi pengeluar yang bertanggungjawab.



 

Beratur Panjang Untuk Beli Coli, Lelaki Pun Ada!!!

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading