“PENDAPATAN TAK MENENTU… TAK BOLEH MEMILIH” – AZWAN JAWAB KRITIKAN ‘PAID REVIEW’ WANITA SEKSI

Baru-baru ini, pelakon Azwan Kombos ada memuat naik video reviu produk memaparkan wanita seksi di laman Instagram. Tindakannya itu bagaimanapun telah mengundang rasa kurang senang segelintir pengikut.

Menjawab kritikan netizen itu, suami kepada pelakon Ezzaty Abdullah itu berkata dia hanya menjalankan tugas seperti yang diminta oleh pelanggan selepas menerima bayaran.

“Saya tahu iklan tu tak sesuai, sebelum ini tak pernah pun bagi slot untuk iklan macam tu tapi disebabkan keadaan sekarang ini pendapatan tak menentu dengan komitmen yang perlu ditanggung, jadi saya perlu cari inisiatif dan membuka slot review di media sosial.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

“Ya betul saya sebelum ini memilih, tapi sekarang dah tak boleh memilih sangat. Video itu disediakan oleh mereka dan saya hanya perlu post sahaja… lagipun bukannya dalam video itu saya atau isteri saya,” katanya.

Sebelum itu, menerusi Instagram, Azwan berkongsi video reviu produk khusus untuk wanita dengan memperlihatkan seorang wanita menari sambil memaparkan sebahagian payudara.

Gara-gara aksi separa lucah itu, pengikut membanjiri ruangan komen dan menegur tindakan Azwan memuat naik video tersebut yang disifatkan kurang sesuai untuk tontonan umum. Malah ada pengikut yang menyangka akaun Instagram Azwan telah digodam.

Image_3.jpg

“Nampak tak sopan artis nak buat paid review macam ni… kena tapis dulu, yang follow artis ramai anak muda. – “Tak malu ke? Awak tu lelaki… dah macam tak ada benda nak review, saya yang tengok pun malu. – “Kena hack ke? Mohon delete! Tak elok la kongsi video macam ni, marketing sampah,” tulis pengikut.

Dalam pada itu, pelakon drama ‘Mak Cun’ itu turut memohon maaf jika iklan yang dimuat naik olehnya itu menyinggung hati mana-mana pihak.

“Saya minta maaf jika ada yang tersinggung dengan iklan tersebut… saya cuma post sahaja dan mendapat bayaran. Terpulang pada saya nak biarkan berapa lama video itu di Instagram saya, mereka tak ada bagi tempoh waktu pun. Malah saya juga diberitahu jika hasil jualan banyak, saya turut akan dapat komisen,” ujarnya.

Image_4.jpg

Leave a Reply