Spiderman Tahan Mark Adam Di Tepi Jalan

Mark Adam Kena Tahan Dek Spiderman

PKP (darurat) 2.0 kali ini membuat ramai rakyat mencari alternatif mencari rezeki sampingan. Bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan, ramai antara mereka yang terkesan dengan ekonomi mula berniaga.

Menjadikan watak Adiwira Spiderman sebagai tarikan, seorang peniaga menarik perhatian Mark Adam. Mengenakan sut penuh Spiderman, peniaga tersebut menjual air dinamakan sebagai ‘Pati Teh Ais Avenger’.

Tanpa segan silu beliau menahan kenderaan dinaiki Mark Adam tanpa menyedari orang itu adalah seorang artis.

Sikap sporting MARK ADAM melayan peniaga tersebut menarik perhatian peminatnya. Beliau turut mempromosi perniagaan Spiderman di laman Instagram.

Saksikan video aksi selamba Mark Adam bersama Spiderman.

[KGVID]https://my-tv.online/wp-content/uploads/2021/02/VID-20210209-WA0029.mp4[/KGVID]

 

Leave a Reply