“MOHON MAAF ADALAH IKHLAS… SAYA BERJUANG DAPATKAN SEMULA KELUARGA” – SHUK

“Permohonan maaf secara terbuka kepada isteri adalah ikhlas. Saya berjuang untuk mendapatkan semula keluarga dan Alhamdulillah, Sera dapat menerima serta memaafkan saya. Kemaafan diberikan Sera itu sangat saya hargai. Bagi saya kalau berani buat salah, kita kena berani mengakui kesalahan itu dan harus berani juga meminta maaf serta berusaha mencari jalan penyelesaian,” kata pelawak, pengacara dan penyampai radio, Shuk Sahar.

Mengakui sudah lali menghadapi kecaman, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 35, berkata, dia tahu mengenai dakwaan gimik pelancaran produk yang diperkatakan itu tetapi enggan ambil peduli kerana sudah faham dengan sikap netizen.

Malam Isnin lalu, Shuk berjaya memujuk dan berbaik semula dengan isterinya apabila muncul membawa rombongan meminang ke kediamannya. Tampil mengenakan baju pengantin berwarna biru, Shuk memohon maaf secara terbuka kepada isterinya yang ketika itu membuat siaran langsung pelancaran produk kecantikan.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Pengacara ‘I Can See Your Voice Malaysia’ itu menafikan dakwaan mengatakan kejutan membawa rombongan ‘meminang semula’ isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah atau Sera kelmarin adalah gimik dirancang untuk pelancaran produk. Shuk ketika dihubungi berkata, kejutan yang dibuat itu bukan gimik kerana ia sama sekali tidak diketahui langsung oleh isterinya.

“Selepas apa yang berlaku terhadap rumah tangga kami, saya memang sentiasa memujuk Sera untuk berbaik semula. Ini kerana saya sangat sayangkan dia, anak-anak dan keluarga serta tidak mahu kehilangan mereka. Saya tahu Sera selalu membuat ulasan produk termasuklah Puteh Wow itu.



“Suatu hari, pengasasnya, Joe menghubungi saya meminta izin untuk bekerjasama dengan isteri serta membuat pelancaran produk itu di rumah kami. Memikirkan ia rezeki Sera dan keluarga, saya beri keizinan. Namun, Joe meminta saya buat kejutan untuk Sera bagi menjernihkan situasi hubungan kami dengan permohonan maaf terbuka dan secara langsung,” tuturnya.

Image_3.jpg

Dalam masa sama, Shuk turut memberitahu dia memang betul-betul menyesal dengan kesilapan sudah dibuat serta mahu melakukan yang terbaik untuk isteri dan anak-anaknya. Kata Shuk, apa yang dilakukan hanya mahu memiliki keluarganya semula. Pengacara ‘I Can See Your Voice Malaysia’ itu menafikan dakwaan mengatakan kejutan membawa rombongan ‘meminang semula’ isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah atau Sera kelmarin adalah gimik dirancang untuk pelancaran produk.

“Kalau nak buat gimik pelancaran produk, takkanlah saya sampai sanggup hilang keluarga dan kerja. Sampai sekarang pun, saya masih lagi kena gantung kerja di Hot FM. Saya pun tak tahu sehingga bila akan digantung kerja dan kini dengan sepenuh harapan masih menunggu keputusan Hot FM. Saya rindu nak bekerja semula di konti kerana dah lama tak ‘on air’ (ke udara),” ujarnya.



Bersyukur sudah kembali ke pangkuan keluarganya semula, Shuk berkata, dengan peluang sekali lagi diberikan Sera itu, dia tekad mahu memperbaiki diri menjadi lebih baik untuk keluarga. Untuk makluman, Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi, 1.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

SHUK MOHON DOAKAN KEBAHAGIAAN – ISTERI MINTA MAAF BANYAK REVIEW, KEHIDUPAN PERLU DITERUSKAN



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button