Hadiah Tahun Baru Cina Dari Ebit Lew
Ebit Hadirkan Kegembiraan Tahun Baru Cina Kepada Ibu Tunggal
Kedatangan Tahun Baru Cina 2021 memberi makna sangat besar buat seorang ibu tunggal di Kota Bahru, Kelantan.
Pendakwah bebas, Ebit Lew menyantuni keluarga tersebut di kediaman Puan Koh Kim Keok. Mendengar rintihan Pn Koh yang bekerja di sebuah kedai kopi dengan pendapatan RM20 sehari.
Dalam ziarah tersebut, Ebit menghadiahkan sebuah motorkar kepada keluarga Koh bagi memudahkan beliau berulang alik menghantar anak ke sekolah. Ebit juga sudi menaja perbelanjaan seorang anak Koh yang berhenti belajar kerana kesempitan kewangan.
Dalam perkembangan lain, keluarga tersebut turut mendapat bantuan bulanan daripada JKM.
Bagaimanapun bagi mereka kehadiran Ebit Lew dalam suasana menyambut Tahun Baru Cina lebih menyerikan sambutan tahun ini.
Ebit Lew Jadi Menteri Kebajikan Dan Pendidikan?