Ebit Lew Jadi Menteri Kebajikan Dan Pendidikan?
Ebit Lew Bantu Rakyat Mengalahkan Menteri
Beliau hanyalah pendakwah bebas namun gerak kerjanya mengalahkan Menteri. Tidak mengenal penat lelah, Ebit Lew terus menabur bakti tanpa sempadan agama mahupun bangsa.
Kejayaan beliau mengislamkan 127 ‘gipsi laut’ Sabah menarik sekali apabila semalam Ebit menyampaikan hasratnya membina sebuah sekolah bagi memudahkan anak-anak gipsi laut belajar.
Beliau sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi merealisasikan impian kanak-kanak yang mahu belajar. Bukan hanya membina sekolah diatas air, malah Ebit sanggup membayar gaji kepada guru yang sanggup mengajar di sekolah tersebut.
Bayangkan jurang antara pendakwah yang berasakan bertanggungjawab memberi pendidikan kepada anak gipsi berbanding Menteri yang dilantik menjaga bidang pendidikan. Mana Menteri mahu letak muka bila Ebit Lew mengambil berat soal pendidikan sedangkan Menteri hanya memandang dari pejabat serba mewah?
Bukan sahaja menjadi Menteri Pendidikan, Ebit juga kini seolah Menteri Kebajikan bagi rakyat. Tindakan beliau menghulur bantuan kepada rakyat membuat ramai tertanya mana Menteri yang dipertanggungjawabkan menjaga kebajikan rakyat?
Adakah Menteri masih sibuk bermekap dan bergambar agar nampak anggun bila muncul di khalayak ramai?
Sungguh memalukan apabila seorang rakyat biasa mampu memberi manfaat kepada ramai rakyat di kala mereka memerlukan bantuan. Tanpa birokrasi, pendakwah telah mengambil alih tugas mereka yang dibayar gaji oleh rakyat.
Adalah diharapkan jangan ada sekatan terhadap Ebit Lew dalam menjalankan kerja-kerja kebajikan kepada rakyat sedangkan beliau tidak menerima gaji serta elaun seperti Menteri. Semua pihak perlu menerima hakikat, kerja seperti yang dilakukan Ebit Lew bukan semudah menyebut dalam sebarang ‘Perutusan Menteri’.