Langgar SOP PKP (darurat) Beza Antara Rakyat & Menteri

Langgar SOP PKP (darurat), Bayar Kompaun Saja Setel?

Tersebar di media sosial foto Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sedang menjamu selera dalam satu program.

Jika meneliti pemidang dibelakang Annuar, tarikh program tersebut jelas menunjukkan 13 Februari 2021. Bertempat di Kebun Komuniti Bandar (Urban Farming) PPR Seri Malaysia Kuala Lumpur.



Persoalan utama yang dibangkitkan netizen adakah Menteri tersebut ‘kebal’ dari Prosedur Operasi Selaras (SOP) PKP (darurat) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Bagaimana seorang Menteri mengabaikan SOP PKP? Mungkinkah alasan tidak sengaja atau masih mematuhi penjarakan sosial digunapakai bagi ‘menghalalkan’ foto ini?



Annuar Musa sebelum ini turut memaparkan foto beliau bersama 2 orang rakan berjalan bersama semasa tempoh PKP yang ketat.

Adakah ada SOP lain yang ditetapkan bagi jamuan untuk VIP oleh MKN?

Rakyat pastinya akan mempersoalkan foto ini dan perbezaan undang-undang antara kluster ‘kayangan’ dan kluster ‘marhein’. Mungkin perintah SOP PKP (darurat) hanya terpakai untuk restoran, warung, khemah pacak dan bukannya jamuan seperti dalam foto.



Kementerian kaji SOP penggambaran

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button