Wanita bawa surat untuk Biden ditahan dekat Rumah Putih


Pemandangan sebelah utara Bangunan Rumah Putih di Washington D.C. (Gambar rasmi Rumah Putih oleh Joyce N. Boghosian)

15/02/2021 11:51 AM

MOSCOW, 15 Feb — Seorang wanita 66 tahun yang membawa surat untuk Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden ditahan ketika di pusat pemeriksaan berhampiran Rumah Putih di Washington DC, lapor Agensi Berita Sputnik.

Memetik polis, Fox News melaporkan wanita itu memiliki pistol di dalam keretanya dan ditemani seorang lelaki yang membawa pistol BB.



Kedua-duanya menghampiri pusat pemeriksaan berhampiran kompleks Rumah Putih dan wanita itu berkata mahu menyampaikan surat untuk Biden, lapor Fox News pada Ahad.

Wanita itu ditahan oleh Perkhidmatan Rahsia sekitar 5.30 pagi waktu tempatan pada Ahad (22:30 GMT).

Tiada maklumat lanjut mengenai surat yang dikatakan untuk presiden AS itu.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button