Chong Wei terkilan berlaku kemelut badminton negara

Chong Wei terkilan berlaku kemelut badminton negara

Chong Wei terkilan berlaku kemelut badminton negara
CHONG WEI memeluk Misbun yang dianggapnya antara individu penting yang ‘melahirkan’ dirinya menjadi pemain perseorangan digeruni dunia suatu ketika dahulu.

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei terkilan dengan komen-komen negatif daripada netizen yang dilihat seperti mengeruhkan lagi kemelut antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Datuk Misbun Sidek.Bagi Chong Wei, Misbun dan Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria adalah dua individu penting yang berjaya ‘melahirkan’ dirinya hingga menjadi pemain perseorangan digeruni dunia suatu ketika dahulu.

Bekas pemain perseorangan No. 1 dunia itu menjelaskan, apa yang dilakukan oleh Norza adalah demi kebaikan arena badminton tanah air untuk melahirkan lebih ramai pemain hebat di pentas dunia pada masa depan.

“Saya mengakui apa yang Tan Sri (Norza) cakap adalah betul, ketika beliau bawa Datuk Misbun (ke dalam BAM), kami tidak mempunyai banyak penaja dan Tan Sri sendiri terpaksa mengeluarkan perbelanjaannya.



“Dengan itu barulah masa depan saya ada. Saya boleh katakan yang keputusan Tan Sri adalah kebaikan badminton negara untuk menghasilkan bukan sahaja Lee Chong Wei kedua tetapi mungkin lima atau enam pemain lagi,” katanya.

Chong Wei berkata pada sidang akhbar khas BAM di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, Kuala Lumpur yang dipengerusikan oleh Norza kelmarin.

Pada masa sama, Chong Wei turut meluahkan kekecewaannya terhadap konflik sedang melanda BAM kerana badan induk itu pernah memberikan segala-galanya hingga menjadikan dirinya berstatus legenda dunia.

“Isu ini memang sangat membuatkan saya sakit hati kerana badminton sentiasa ada dalam darah saya dan saya pernah 19 tahun dalam BAM. Tiada orang lain lebih lama daripada saya,” jelas Chong Wei.

Chong Wei terkilan berlaku kemelut badminton negara


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rupanya Masih Ada Penyokong DS Najib Yang Mahu Beliau Terus Kekal Dalam Penjara



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading